Topik Terkini

September 26th, 2008

Salam Aidil Fitri 1429 Hijrah

Nak Setiap Post Terus ke Peti Email Anda ??
Masukkan alamat email anda :

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Salam Jumaat buat Pembaca yang dirahmati,

Rasanya hari ini post terakhir aku untuk bulan Ramadhan ni. Insyaallah, blog ini akan mula bercuti  hari ini. Update terbaru selepas entri hari ini akan dibuat selepas hari raya. Kesempatan ini , aku ingin memohon maaf dengan korang semua…. atas segala kesalahan  aku sama ada secara online mahupun secara offline. Kepada anak2 perantauan termasuk akulah tu………………,

semoga perjalanan pergi dan pulang korang dan aku juga selamat dan dilindungi serta dijauhkan diri kita dari sasaran malapetaka….”

Ingin aku panjangkan pesanan kepada rakan-rakan atas beberapa perkara berikut semasa musim perayaan ini. Pesanan ini aku ambil dari email adikbijak kepada aku:

Bacaan seterusnya »

Popularity: 10% [?]

September 23rd, 2008

Update Terpantas 09

Pembaca yang budiman,

Minggu2 terakhir sebelum kita bercuti berhari raya. Mungkin ramai yang dah pergi kepada mood raya dan kurang konsentrasi pada pekerjaan semasa. Kakitangan kerajaan pastinya gembira kerana  hari ini merupakan tarikh pembayaran bonus yang pertama.

Aku pun sama… terasa malas untuk membuat kerja pada minggu ini.  Komitmen tinggi diperlukan untuk minggu ini. Perlu menyiapkan tugasan personal dan juga tugasan negara…chewahhh!!! tugasan negara tu…

Bacaan seterusnya »

Popularity: 12% [?]

September 19th, 2008

Anugerah Blog Paling Best

Pembaca yang sentiasa dirahmati,

Tak tahu pulak sekarang ada demam tag anugerahlah pulak. Sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih buat blogger kedua yang ditangkap menghantar kad raya kepada aku iaitu Zool LigaKampung. Insyaallah, aku akan balas kad2 raya kiriman korang dalam minggu ini.

Berkenaan dengan anugerah blog paling best……. anugerah itu bukannya daripada Jabatan Blog Malaysia cuma penganugerahan daripada rakan blogger kita si afham yang memanjangkan anugerah itu kepada aku. So..terima kasih kerana sudi menganugerahkan “Blog Paling Best” kepada afzaiafandi dot com

Mengikut tag tersebut, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi untuk menjayakannya:

Bacaan seterusnya »

Popularity: 16% [?]

September 18th, 2008

Blogger Kedua di Tangkap

Pembaca yang budiman,

Pagi tadi ketika aku memandu untuk menghantar anak2 aku ke sekolah terdengar pula berita mengatakan bahawa penulis blog Syed Azidi Syed Aziz telah ditangkap polis. Mendengar namanya terus aku teringat akan blognya yang suatu ketika dulu menggemparkan bumi Malaysia ini apabila beliau membuat penyataan supaya memasang atau mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.

Semalam, Syed Azidi Syed Abdul Aziz telah ditahan mengikut Akta Hasutan kerana disyaki menghasut orang ramai supaya menterbalikkan kibaran Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-51 yang lalu. Beliau yang lebih dikenali sebagai Sheih, menerusi blognya, Kickdefella ditahan sepasukan anggota polis dari Bukit Aman di rumah sewanya di Kampung Demit, Kubang Kerian, Kelantan. Beliau ditahan kira-kira pada pukul 5 petang. Ketika ditahan, beliau berada bersama isteri dan anaknya…..kesian ooooooo, dahlah bulan puasa dan tak lama lagi raya!!

Untuk berita lanjut tentang penangkapan beliau, korang boleh ke sini, juga ke sini atau ke sini.

Salam hormat,

 

 

Popularity: 17% [?]

September 18th, 2008

Budaya Hutang, Asal Tidak Sampai Kedana

Pembaca yang dihormati,

Zaman sekarang sememangnya amat mudah untuk kita mendapatkan sesuatu barang. Apa jua cara sekalipun, samada dengan cara “tunai” mahupun dengan cara “berhutang” ambil dulu bayar kemudian. Begitulah senario yang kerap berlaku dewasa ini. Aku sendiri pun tidak terlepas dengan senario ini. Tak kiralah di mana korang berada, bukan sahaja di kota2 besar hatta di pekan atau kampung2 kecil sekalipun semuanya sama.

Kata pepatah “Biar Papa Asal Bergaya” kalau tak cukup duit hutang pun tak mengapa. Bersesuaian dengan sekarang di mana tak lama lagi kita akan menyambut Hari raya Aidil fitri….. banyak kedai, syarikat hatta orang perseorangan berlumba2 menarik pelanggan dengan menawarkan “hutang” kepada para pelanggannya.

Pakistan jual carpet pun mengamalkan kaedah ini untuk menarik bakal pembelinya.

Boleh dikatakan wabak ini melanda tak kira usia, jantina mahupun bangsa. Seringkali wanita dikaitkan dengan wabak ini. Hutang barang2 kemas untuk kelihatan bergaya ketika beraya di rumah sedara mara.

Bacaan seterusnya »

Popularity: 15% [?]

Abd Fatah Asblogger Asharudin Abooain Afham Amir Hakimi BeduzBiz Zuhairy Titan SaifulSham Shuth Zul SmartUsaha HumanIssues Naem Luvlee Fahmi SihatSokmo Soulof99 Wan BolaCyber Maizul Kuasa Dua M.Hilmi Money Online Megat Zool Syawal Sazkul Musnaz MyMumBiz Hafreze Labanon Zamrin@net Mazudi.com|Live the Life Uncle G Blog Fliesbee

A