Bertemu kembali

Pada hari Khamis lepas, saya telah menghantar satu borang permohonan untuk membuka akaun bank di US.Mungkin bagi anda yang masih baru dalam bidang internet ini akan tertanya-tanya untuk apakah membuka akaun bank di US? Sebenarnya, bagi anda yang memiliki akaun Paypal adalah amat penting untuk memiliki akaun bank di US supaya anda dapat transfer wang anda dari akaun Paypal ke akaun bank di US.Perkara ini timbul kerana Paypal tidak menerima sebarang urusniaga dengan bank di Malaysia. Jadi inilah alternatif terbaik untuk anda mengeluarkan wang dari Paypal anda.

Selain membuka akaun di US, anda juga boleh membuka akaun di Singapura kerana Paypal menerima akaun bank di Singapura.Maaf,saya tidak bercadang untuk bercerita tentang bagaimana membuka akaun di Singapura tetapi saya akan berkongsi dengan anda panduan membuka akaun bank di US. Sebenarnya ilmu yang saya ketahui ini, saya peroleh daripada saudara Khairul Azmi.Beliau telah menulis Ebook Panduan Membuka Akaun di US dan ebook ini adalah percuma.Ya, percuma! Saya respect dengan saudara Khairul Azmi kerana sanggup tidak mengenakan bayaran walaupun beliau bersengkang mata menghasilkan ebook ini walhal sesetengah internet marketing mengenakan bayaran.

Jika dilihat pada cover ebook ini tidaklah menarik sangat tetapi isi kandungan ebook ini cukup lengkap dan sewajarnya untuk ebook seperti ini dijual antara harga RM50 - RM 100.Ini cuma pandangan peribadi saya pada ebook ini dan saya tiada apa-apa kaitan dengan penulis ebook ini.

Baiklah secara ringkasnya, didalam buku ini ada menerangkan salah satu cara untuk membuka akaun Bank US terutamanya bagi Rakyat Malaysia yang mempuyai akaun Paypal. Selain itu,juga ada diterangkan cara bagaimana hendak intergrasi akaun bank US ini dengan Paypal bagi mengeluarkan wang. Penulis ebook ini juga ada menerangkan cara  bagaiman kita hendak menunaikan cek google kedalam akaun Bank US.

Sekiranya permohonan saya berjaya nanti, akan saya paparkan di sini sebagai bukti.

Untuk makluman semua,ini adalah buku panduan sahaja.Borang permohonan asal serta contohnya hanya buleh di muaturun di ruang download di laman online bisnes.

Selamat Membaca dan Selamat Mencuba

Afzai Afandi 

Popularity: 30% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark