Harapan semoga anda semua sihat.

Sebagaimana yang kita maklum, bulan Julai merupakan bulan yang telah dinobatkan Bulan Membaca.Menyentuh tentang tabiat membaca ini, masih ramai lagi berpendapat bahawa masyarakat Malaysia terlalu kurang membaca dan tidak banyak berubah seperti 20 tahun yang lampau. Di mana silap dan kekurangan ini tak tahulah. Bagi kita, sejak dari tadika lagi telah diperkenalkan dengan bahan bacaan ABC sehinggalah ke peringkat universiti dan seterusnya di alam kerjaya. Tak henti-henti membaca, namun kita masih lagi ditakrifkan membaca purata dua buah buku setahun!

Amat menyedihkan generasi pada masa kini kurang gemar membaca, malah mereka lebih cenderung kepada gejala sosial yang sangat merunsingkan. Golongan muda-muda kini malas untuk pergi ke perpustakaan, tetapi kerap berkunjung ke masjid pusat-pusat hiburan dan melakukan pelbagai salahlaku di sisi undang-undang.Mengapa hal ini sedemikian?Banyak jawapan yang akan timbul jika persoalan ini saya ajukan.

Bersempena dengan Bulan Membaca ini, saya rasa terpanggil untuk mempromosikan sebuah buku penghasilan ilmiah daripada motivator terkenal negara kita iaitu Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah.Hasil tulisan beliau memang tidak perlu diragukan lagi.Buku ini amat sesuai untuk anda yang telah berumah tangga dan juga untuk anda yang akan menempuh alam berumah tangga.

Ingat, anak ialah cahaya mata penawar hati ibu dan ayah. Inilah ikatan kasih yang paling istimewa dalam hidup kita hari ini. Anak juga sebahagian daripada ujian Allah.

Kesabaran dalam mendidik anak-anak, diuji dengan kerenahnya seawal hari pertama kelahiran hingga meningkat dewasa. Apatah lagi apabila mereka menjenguk usia remaja.

* Apakah ciri-ciri anak yang positif?
* Adakah cukup sekadar pendidikan duniawi semata-mata?
* Benarkah pemilihan pasangan mempengaruhi peribadi anak-anak?

Dapatkan panduan mendidik anak yang terbaik daripada al-Quran. Jadikan buku ini panduan anda melahirkan generasi positif dunia dan akhirat.

Antara topik menarik di dalam:

* Pembangunan Diri Sebagai Ibu Bapa Cemerlang
* Peranan Ibu Mithali, Isteri Sejati
* Amalan Suami Semasa Ibu Mengandung
* Perbezaan Didikan Antara Anak Lelaki dan Perempuan

Miliki buku ini dan jadikan koleksi peribadi anda dan juga panduan anda dalam mendidik anak anda pada zaman yang penuh cabaran, penuh dugaan, agar anak2 kita tidak tergolong sebagai remaja yang meningkatkan statistik permasalahan sosial di negara kita.Klik di sini untuk info lanjut dan pembelian.

“Tuntutlah Ilmu hingga ke Liang Lahad”

Afzai Afandi 

Popularity: 53% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark