Assalamualaikum dan salam ceria,

Apa yang ingin saya maklumkan di sini adalah berkaitan dengan blog saya .Mungkin anda yang pernah ke blog saya ini akan terkejut dan tertanya-tanya mengapa tetiba sahaja blog saya ini sering bertukar wajah dalam sehari dua ini.Untuk pengetahuan semua, saya bukanlah sengaja menukar themes blog saya ini cuma themes yang lama telah saya rosakkan secara tidak sengaja.

Oleh sebab saya ini masih lagi mentah dalam dunia berblog, maka saya cuba untuk menambah beberapa plugin dan mengedit themes. Nasib tidak menyebelahi saya kerana usaha murni saya itu akhirnya menjahamkan themes lama saya.Maka setelah mencari beberapa themes yang sesuai dan berkenan di mata maka saya telah memilih themes ini bagi melatari blog saya ini.

Themes ini adalah berkonsepkan “3 column and ready widget” yang telah saya peroleh dari blog Jauhari.

Kepada anda yang ingin melihat themes ini boleh klik di sini

Download di sini :WordPress Themes iBlogr Current Version 2.2

Jumpa lagi

Afzai Afandi

Popularity: 38% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark