Salam buat semua

Alhamdulillah, hari ini jika anda menaip “pendapatan internet” pada enjin carian Google anda akan dapati blog ini menduduki ranking ke-10 daripada 844,000 :). Saya kira ini satu pencapaian baik untuk blog saya memandangkan blog saya ini baru berusia satu bulan. Untuk ranking pertama bagi carian “pendapatan internet” ini, blog saudara shukri www.pendapataninternet.com mengunggulinya.

Pada saya apa yang membantu kedudukan blog ini adalah hasil backlink dengan beberapa blog popular yang lain. Ini kerana, setiap kali blog popular itu dikunjungi, secara tidak langsung ianya turut meningkatkan PR blog kita.

Selain itu, cara meninggalkan komen pada blog2 popular turut meningkatkan PR blog kita. Jadi, nasihat saya sekiranya anda masih lagi berada pada tahap newbie maka sebaiknya tinggalah sepatah dua komen pada blog2 yang anda kunjungi. Bukan sahaja boleh mengeratkan hubungan, malah akan menjadikan blog anda lebih cepat dikenali dan menerima kunjungan yang ramai.

Mengapa perlu popular?

Sekarang, ramai orang membina blog sendiri samada secara percuma atau berbayar.Persoalan yang timbul ramai juga yang mengamalkan konsep bina dan tinggal..Touch N Go.Mengapa terjadi begitu? Sudah pasti kerana kekurangan pengunjung atau dengan kata lain kurang popular.

Pada saya, membina blog ini diibaratkan larian marathon dan bukannya larian pecut. Mana2 individu yang mampu bertahan lama maka dialah pemenang.

Tips 5 sen :

  1. Pilih alamat blog yang mudah dan senang difahami.Tajuk blog mesti seiring sejalan dengan kandungan blog anda.
  2. Kemaskini blog setiap minggu. Disarankan 3 post untuk 1 minggu.

Bagaimana pula dengan anda? Boleh kita berkongsi di sini tentang cara2 meningkatkan ranking blog di Google dan yahoo..?
Semoga berjumpa lagi

Afzai Afandi

Popularity: 27% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark