Minggu ini, tak berkesempatan untuk menulis tentang topik perniagaan internet . Sibuk dengan urusan dunia :) . Semalam, aku ada bincang satu projek ngan bakal pelanggan aku.Projek berkaitan landskap atau seni taman. kalau projek tu jadi, nanti aku publishkan kat sini.

Apa yang aku paparkan ini sedikit sebanyak aku adaptasi daripada Mingguan Wanita yang secara tidak sengaja aku terbaca. Namun pada aku majalah ini bukan sahaja sesuai untuk kaum wanita malah ianya juga elok dibaca oleh kaum bapa. Entry kali ini ada kaitan dengan wanita.Wanita yang sememangnya dari awal kewujudan oleh Allah ke muka bumi ini tak lain tak bukan, sebagai peneman seorang lelaki yang bernama Adam.

Kerana itu, lelaki biasanya sukar menjalani penghidupan tanpa wanita di sisi. Rasulullah sendiri berasa sangat tenteram jiwa tatkala berada dekat dengan isterinya Siti Khadijah dan sememangnya Siti Khadijah ialah isteri yang paling disayangi oleh Rasulullah.

Persoalan untuk wanita

Mampukah anda menjadi Siti Nxxxxxxx Siti Khadijah di sisi suami anda?

Mungkin sukar untuk kita lakukan apatah lagi pada zaman sekarang, zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Namun begitu, seandainya tidak mampu menjadi sebaik Siti Khadijah, sekadar menjadi bayang-bayang Siti Khadijah sudah cukup untuk kita.

Menjadi seorang isteri yang taat, menyenangkan hati suami dan membantu jiwa suami agar tenang ketika dalam kesusahan adalah impian setiap wanita. Sehingga kini rasanya masih ramai isteri yang mempunyai ciri-ciri ini termasuklah isteri saya…(bukan pujian biasa, pujian bermakna ni) Namun begitu, tidak dinafikan ada isteri di luar sana yang punyai ciri2 harimau bintang ketika berada di rumah. Apapun faktor si isteri menjadi harimau bintang ketika di rumah juga perlu dikaji, perlu dicari puncanya. Walaupun ada yang sememangnya semula jadi garang tetapi ramai yang berubah karakter kerana sikap suami itu sendiri. Faktor kurang memberi perhatian, kurang berwibawa, kurang prihatin pada perasaan isteri sehinggakan isteri terasa terabai dan akhirnya menjadi cepat melenting.

Jadi pamerlah kasih sayang dan ketaatan secara dua hala agar rumah tangga senantiasa bahagia..

Ingatlah, kerana wanita seorang lelaki berjaya dan kerana wanita jualah seorang lelaki tersungkur.

Isteri memang wajib mentaati dan setia kepada suami tetapi suami pula haruslah membalas kesetiaan itu dan berikan kasih sayang serta tidak berhajat mencari mencari yang lain tanpa ada sebab yang munasabah. InsyaALLAH, jika ada persefahaman, pelbagai halangan dan dugaan pasti dapat kita atasi….Amin.

Salam hormat,

Afzai Afandi

Popularity: 39% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark