Salam hormat buat semua

Betul ke perniagaan internet ini boleh buat duit ? Atau cuma hanya omongan kosong :x . Hanya yang telah melalui bidang ini sahaja mampu bercerita secara jelas tentang bagaimana mendapatkan duit dari internet. Bagi anda yang mungkin masih baru mungkin terkeliru apakah perniagaan internet yang sebenar. Perkembangan perniagaan internet di Malaysia amat memberangsangkan malahan ramai yang sudah tidak ragu2 untuk membeli secara online.

Pengguna internet di Malaysia sahaja berjumlah 11,016,000. Jumlah ini adalah bersamaan 40.2% daripada keseluruhan penduduk malaysia dan jumlah ini bertambah semenjak tahun 2000 pada kadar yang amat pantas. Daripada statistik ini, dapat kita ketahui bertapa luasnya pasaran yang boleh diperolehi baik bagi pasaran luar mahupun di Malaysia sendiri dengan menggunakan medium internet.

Bagaimana anda ingin menjalankan perniagaan internet :?:

Perkara pertama yang perlu adalah produk.Tanpa produk anda tidak boleh menjalankan perniagaan internet.Apakah pula produk yang terbaik untuk dipasarkan dalam internet?Persoalan yang sukar dijawab kerana ianya bergantung pada diri masing2.Terpulang pada anda untuk mempromosikan produk digital ataupun produk fizikal.

Perkara kedua pula adalah laman web.Laman web penting kerana fungsinya sama seperti sebuah kedai.Cuma anda tidak perlu menggajikan pekerja untuk mengawal selia kedai anda itu.Anda juga tidak perlu mengawasi kedai anda itu 24jam sehari.Cuma yang penting, pada laman web anda itu letakkan waktu operasinya 24jam sehari.kira setaraf dengan 7eleven ni.. :)

Perkara ketiga adalah promosi.Mengapa ?? Promosi penting supaya laman web anda itu dikenali oleh semua pengguna internet.Apabila laman web anda sudah dikenali, maka kebarangkalian pelawat membeli produk anda adalah tinggi.

Tips ini bernilai 50 sen :Untuk peringkat awal, anda boleh membeli buku2 panduan perniagaan internet dan membaca segala maklumatnya.Kemudian pelajari selok belok membina laman web dan akhir sekali cuba sertai kursus2 perniagaan internet.

Perkongsian Maklumat : Apa pandangan anda tentang perniagaan internet dan apakah pula produk pilihan anda dan nyatakan sebab mengapa anda memilih produk tersebut???

Salam Perniagaan

Afzai Afandi


Popularity: 27% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark