Hari ini 19 Ogos, aku menyambut kelahiran yang ke-34 tahun. Aku berharap, apa yang aku impikan untuk tahun ini akan tercapai. Seronok juga menyambut ulangtahun kelahiran pada usia semuda aku ni.. :) Ada ke di antara anda yang lahir satu hari dengan aku atau satu bulan dengan aku atau satu tahun dengan aku? Sebenarnya aku tak ada idea nak menulis tentang sambutan kelahiran aku ini. Nak diceritakan terasa segan kat ngko orang semua :oops: . Kalau ngko orang ada cerita best tentang birthday ngko orang, boleh story2 kat sini.

Cerita aku ringkas aje. Lepas maghrib, orang rumah aku pergi ambil kek yang dah ditempah kat kedai.Bawak balik rumah, kemudian anak2 panggil aku suruh potong kek. Depa semua nyanyi kat aku kemudian aku pun potong kek tu..bagi kat anak2, bagi kat anak mak mertua..heheh, bagi kat bibik aku, bakinya untuk aku. Sekian.

Sempena ulangtahun kelahiran, aku nak kongsi sedikit rahsia ngan ngko orang.

Rahsia bulan kelahiran ( bulan Ogos )menurut kajian 25 tahun Dr.Fadzillah Khamsah.Takder lah gempak rahsia ni, ngko orang pun tahu tentang benda ni kan!!.

  • Suka Berlawak
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain
  • Berani dan tidak tahu takut
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
  • Pandai memujuk orang lain
  • Terlalu pemurah & bersikap ego
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi
  • Dahagakan pujian
  • Semangat juang yang sangat luar biasa
  • Cepat marah & mudah mengamuk
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan
  • Sangat cemburu
  • Daya pemerhatian yang tajam dan teliti
  • Cepat berfikir
  • Fikiran yang berdikari
  • Suka memimpin dan dipimpin
  • Sifat suka berangan
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
  • Belajar untuk bertenang
  • Sikap kelam kabut
  • Romantik, pengasih dan penyayang
  • Suka mencari kawan

Sejauh mana kebenaran kajian ini, saya tak pasti. Apa pun pasti ada yang terkena batang hicung sendiri.

Jumpa untuk topik seterusnya

Afzai Afandi

Popularity: 18% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark