Assalamualaikum pengunjung dan pembaca dihormati

InsyaALLAH mulai minggu ini dan seterusnya, pada setiap hari Jumaat saya akan cuba postkan topik2 keagamaan untuk kita sama2 muhasabah demi kebaikan bersama. Untuk hari ini aku nak perkatakan tentang doa. Mengapakah satu2 doa yang kita pinta kadang2 dimakbulkan, kadang2 lambat untuk dimakbulkan dan kadang2 langsung tidak dimakbulkan.

Kita mungkin sudah kerap berdoa tetapi belum termakbul hajat yang yang dipohon. Kita mungkin rasa bosan kerana sekian lama berdoa dan meminta, namun masih tidak tercapai jua hasrat yang dipinta.

Akan dikabulkan doa seseorang selama dia tidak terburu2 sehingga dia mengatakan, aku sudah berdoa tetapi tidak dikabulkan.” Riwayat Bukhari,Muslim,Abu Daud,Tarmizi dan Ibnu Majah

Hanya Allah yang Maha Mengetahui waktu dan masa yang paling sesuai untuk mengabulkan doa hamba-Nya.

Hasrat kita lambat tertunai,mungkin kerana belum masanya untuk kita menerima. Barangkali juga Allah akan gantikan dalam bentuk yang lain, yakni yang jauh lebih baik dan berharga kerana permintaan yang asal mungkin tidak sesuai dengan diri kita.

Jangan kamu ragu akan janji Allah jika belum beroleh apa yang dijanjikan, meskipun zamannya telah tertentu. Janganlah keraguan itu menimbulkan kerosakan dalam mata hati kamu dan memadamkan cahaya (nur) rahsia hatimu ” Kata hikmah ahli sufi,Ibnu Athaillah.

Sesungguhnya kejayaan dan kebahagian yang kita impikan akan tetap hadir, hanya mungkin dalam bentuk dan waktu yang tidak kita duga atau dengan kata lain, ianya berlainan dengan perancangan yang kita buat. Yang penting, jangan ragu2 kerana mungkin itulah yang terbaik untuk kita.

Bisikkan ke Hati

Aku tekun berdoa dan berusaha untuk kejayaan dan kebahagian.Aku sedar, ada ketikanya hajatku lambat dipenuhi dan mungkin Allah akan gantikan dengan yang lain, yang lebih baik.Aku yakin kejayaan dan kebahagian itu akan jadi milikku walaupun mungkin dalam bentuk dan waktu yang lain.. Aaamin.

Salam hormat.

Afzai Afandi

Popularity: 25% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark