Salam hormat buat semua,

Sebenarnya saya pun tak berapa pandai tentang tag-mengetag ni.Inipun kali pertama aku ditag :o .Untuk pertama kalinya dalam dunia blog ini, aku telah ditag oleh blog NagaMadu. Mengapa aku ditag? Mungkin blog aku antara blog yang berkenan dihati tuan punya blog NagaMadu untuk ditag. Apapun terima kasih NagaMadu kerana memberi pengalaman pertama aku tentang “tag” ini.

Haha..sebelum ini aku hanya tahu pasal tag ni kat blog kengkawan yang lain.Kali ini giliran aku kena tag dan juga giliran aku untuk tag blog kengkawan yang lain.Jadi mana2 yang selalu berkunjung ke blog aku dan selalu meninggalkan komen pada blog aku maka bersedialah untuk ditag.

Peraturan yang telah ditetapkan sebagai syarat penyertaan Pesta Tag Merdeka 50 :

1) Anda perlu tag 5 orang blogger yang berkenan di hati
2) Pastikan post yang hendak dibuat lebih panjang jumlah perkataannya.

Baiklah, tajuk tag ini adalah “Kenapa aku berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia?”

Pening juga nak fikirkan jawapan yang agak panjang untuk ditulis.Almaklum soalan ini pada aku agak ilmiah dan terlalu skema untuk ditulis :) Namun demi tidak menghampakan orang yang mengetag aku, maka aku akan cuba sebaik mungkin untuk menulis dan menjawab persoalan tersebut.Harapan aku ngko orang bacalah yer apa yang aku tulis ini dan kalau boleh ringan-ringankanlah jari-jemari tu untuk membuat komen tentang tajuk tag ini.

Bismillah hirrahman nirrahim

Tahun ini merupakan tahun ke-34 aku menyambut kemerdekaan.Yang perlu ngko orang tahu, selama 34 tahun itu, aku tak pernah menyambut hari kemerdekaan di mana2 destinasi perayaan tersebut diadakan.Cuma aku hanya menyaksikan sambutan tersebut pada kaca televisyen aje…mungkin ramai juga yang macam aku kot!! :) Namun begitu itu tidak bermakna aku tidak menyayangi negara aku. Cuma sesekali aku rasa tidak ada kelainan pada sambutan tersebut

….Baiklah, sebenarnya aku amat bersyukur dan berbangga kerana dilahirkan sebagai seorang muslim di bumi bertuah ini.Aku juga berbangga kerana dididik oleh ibu dan bapa aku agar tidak menderhaka kepada tanahairku.Selain itu, hasil didikannya juga menjadikan aku bukanlah antara anak merdeka yang masih lagi dijajah jiwa dan pemikiran. Sedih oooooo tengok anak2 merdeka yang masih dibelenggu penjajah.Dijajah gaya fesyen, dijajah cara pemikiran dan tindakan yakni membelakangkan Islam sebaliknya menggunakan aqal semata2 juga dijajah cara mencari nafkah tanpa menghiraukan halal haram.

Terima kasih Encik Mustafa Afandi dan Puan Zainon

Pada aku secara fizikalnya Malaysia memang masih lagi dalam kategori aman dan damai,makmur dan sentosa berbanding dengan negara2 lain yang sentiasa kacau-bilau, porak-peronda dan kadangkala berlaku pertumpahan darah.Jadi harapan aku, kita sama2 jaga negara bertuah ini agar suatu hari nanti, semua rakyat Malaysia bebas dari pemikiran ala penjajah, utuh dengan budaya dan bahasa sendiri dan janganlah anda termasuk dalam golongan yang hanya tahu mengibar, menjerit dan melaung2 kemerdekaan sahaja tanpa ada pengisian di dalam jiwa.

Sekarang aku akan umumkan 5 lagi blogger yang akan aku tag.

1.Blog Abooain ( Budak usuluddin pandai IT )

2.Blog Funix ( Tengok sendiri apa keistimewaan budak ni )

3.Blog Cikgu Maizul ( aku dah jumpa cikgu ni )

4.Blog AmirHakimi ( Tak jauh ngan rumah aku )

5.Blog Musnaz ( Pakar kanak-kanak )

ok, itu sahaja yang mampu aku tulis. Semoga berjumpa lagi.

Yang menulis

Afzai Afandi

P.S. Idea asal Pesta Tag Merdeka 50 ni adalah hasil Labanon usahawan muda internet =D >

Popularity: 31% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark