Salam hormat Salam ceria

Maaf yer, guna tajuk omputih untuk post kali ini.Mulanya tulis tajuk kut bahasa Melayu, teras panjangnya tajuk. Lepas tu buat tajuk “Tutorial Favicon” terasa macam hebat sangat. Macam guru mengajar murid2 lah pulok.Aku ni kira budak baru belajar. Jadi akhirnya aku putuskan tajuk di atas sebagai perkongsian ilmu daripada aku. Ilmu ini pun aku baru jer dapat hasil usaha aku sendiri setelah membuat sedikit carian pada enjin google “how to put icon before URL “

Apa itu Favicon?

Menurut pemahaman aku sendiri, favicon ialah popcorn icon yang kita biasa lihat sebelum URL dan juga pada browser tab ( rujuk gambar di atas ) Icon ini sebenarnya sebagai satu penjenamaan kepada blog kita supaya para pengunjung lebih mudah mengingati blog kita (bookmarking). Dengan menggerakkan cursor ke arah icon itu, dragkan ke tab.Mudah bukan!! Sebagai praktikal lakukan sekarang untuk icon blog saya :)

Belum bermula lagi

Secara asasnya, icon ini berukuran 16″ x 16″ dan bukan semua pelayar web yang menerima favicon ini. Setahu aku hanya pelayar internet xplorer 5+ ke atas dan juga pelayar Mozilla firefox yang dapat menerima icon kecil molek ini.Favicon ni boleh wujud dalam bentuk statik dan juga animasi seperti favicon blog aku.. :)

1. Apa yang perlu ngko orang tahu, aku tidak menggunakan photoshop untuk membina logo favicon.ico tu.

2. Boleh guna apa-apa nama file dan tak semestinya gunakan nama favicon.ico (dot ico adalah singkatan pada windows icon bukan Ikon Malaysia )

3. jika ngko orang nak nampak lebih profesional, ngko orang bolehlah gunakan apa2 software yang ngko orang ada. Yang penting logo untuk favicon tu mesti ada terlebih dahulu.

Mari Kita Mulakan

Langkah 1

Sediakan logo yang telah anda pilih. Anda tak perlu tukarkan logo atau imej yang anda pilih kepada ukuran 16″x16″ kerana pada langkah kedua nanti, logo atau imej yang anda pilih aku convert secara automatik kepada saiz yang dikehendaki

Langkah 2

Pergi ke laman web ini Favicon From Pictures dan browse logo/imej yang telah anda tetapkan tadi seterusnya klik generate favicon.ico. Jika anda ingikan Favicon Animasi “tick” pada Animate Favicon.

Selepas itu, anda akan dapat lihat previewnya. Tak perlu lihat lama2 preview tu :) kerana tugasan anda belum berakhir. Apa yang perlu dilakukan adalah memuat turun (download) Favicon tersebut. Klik download Favicon. Anda akan terima fail dalam bentuk .zip dan anda extract all dengan mengklik sebelah kanan.

Langkah 3

Dah sampai langkah ketiga ni, dah kira nak selesai dah ni tugasan anda.Untuk langkah ini, ngko orang uploadkan file yang dah di extract all tu. Untuk yang ada web sendiri ( dot com) boleh upload kata web server sendiri. Untuk yang guna blogger ngko orang uploadlah kat mana2 yang ngko orang selalu upload.Aku rekemen ngko orang upload kat googlepages . Lepas tu ngkorang perlu copy lokasi link untuk langkah seterusnya.

Langkah 4

Ini adalah langkah terakhir iaitu modify blog template dan publish. Mudah jer langkah ni, hatta Pak Mat Tempe pun boleh lakukan.

Letakkan HTML tag pada blog template ngko orang selepas <head> tag, sebelum </head> tag:

Setelas anda kenal pasti lokasi <head></head> itu, sekarang letakkan lokasi link yang telah anda copy pada langkah ketiga tadi. sebagai contoh seperti berikut:

<link href=’favicon.ico’ rel=’shortcut icon’/>
<link href=’http://www.abc.com/animated_favicon1.gif’ rel=’icon’ type=’image/gif’/>

contoh di atas untuk template blogger. Boleh lihat di sini.Yang di bawah ini adalah contoh untuk wordpress :

<link rel=”shortcut icon” href=”favicon.ico” >
<link rel=”icon” href=”animated_favicon1.gif” type=”image/gif” >

(kalau ngko orang guna .jpg, ngko orang tukarlah pada .jpg untuk script ngko orang tu..)

Sekarang, tekan butang save dan republish blog template anda.

Selamat mencuba!!

Afzai Afandi

p.s Membaca perkongsian ilmu pada blog seseorang tanpa sebarang komen adalah menunjukkan anda seorang yang tidak menghargai.

p.s.s Ngko orang boleh menyebar luaskan maklumat ini pada blog ngko orang jika ngko orang inginkan tanpa meminta izin daripada aku. yang penting ngko orang kredit jer laman blog aku di akhir post ngko orang….ada ker yang nak letak post aku ni kat blog memasing :)

 

Popularity: 51% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark