Salam mesra buat tetamuku yang dihormati

Menurut sejarah serangan “tag” telah bermula sejak Tahun 1860 lagi. Percayakah anda dengan fakta itu?? Saya adalah orang pertama yang tak percaya denagn fakta itu. Imej di atas tu, saja main2 dan suka2.Imej sebenarnya adalah “Tag Heuer-Swiss Made Since 1860″.Apa yang ingin saya celotehkan di sini adalah mengenai serangan “tag” di akhir2 ini. Apakah tag ini adalah satu serangan dalam dunia blog? atau satu virus? atau satu jenis penyakit yang dipanggil demam tag?atau apa saja yang korang rasa tentang tag ini.

Ni kira topik santai jer….menulis untuk memberi keletihan pada mata aku. Kali pertama saya di tag adalah pada pukul 17:55, 23 Ogos yang lalu oleh NagaMadu iaitu Pesta tag Merdeka 50.

Pesta tag itu telah aku berjaya selesaikan pada 24 Ogos yang lalu iaitu sehari selepas aku kena tag.

Kali ini, serangan tag datang lagi. Buat kali kedua, aku telah ditag pula oleh blog naem . Tajuk tag kali ini “Tahukah Anda?”agak memeningkan kepala aku sikit kerana agak personal.InsyaALLAH akan ku cuba membalas serangan tag itu hujung minggu ini. jadi kepada semua pengunjung nantikan kemunculannya kerana anda akan mengetahui banyak perkara peribadi tentang saya. Bak kata pepatah “Tak Kenal Maka Tak Cinta, Dah Kenal Jom Bercinta” hehehe :)

Serangan tag datang menyinggahi aku lagi. Aku pun tak tahu apa vaksin yang sesuai untuk mengelak daripada serangan tag ini? Untuk kali ketiga pula aku diserang oleh Amir Hakimi “kena taglah pulok” Itu semua tak jadi hal pada aku kerana sememangnya aku sukakan cabaran :) by the next week, aku akan siapkan, Amir!!!

Akhir kata, Tag meningkatkan Traffic sesebuah blog yang kena tag. Jadi, Majulah Tag untuk Blog

Afzai Afandi

 

Popularity: 20% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark