Salam hormat buat semua

Mula2 agak malas nak menulis malam ni.Baru jer nak menulis, pasukan negeri aku“Terengganu” memulakan sepak mula separuh akhir Piala Malaysia menentang Kedah. Jadi aku tangguhkan seketika niat aku untuk menulis. Habis jer game tu, aku mengadap pc semula dan membuat review pada post2 aku yang lepas. Rupa-rupanya aku telah berjanji untuk membalas tag Si Naem dan Amir Hakimi. Kata pepatah “kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji”

…Bagaimana Ibu bapa saya boleh memberi nama sebegitu kepada saya Anda mungkin tertanya2…

Setelah difikirkan akan kepenatan aku maka aku mengambil keputusan menjawab mana yang termampu sahaja. seandainya tidak menepati kehendak soalan, aku minta maaf..beb!! daripada apa yang aku faham, kedua2 tag tersebut rasanya lebih kurang sama jer soalannya. Semuanya berkisar pada perihal peribadi. Baiklah, 5 perkara yang anda tak tahu tentang saya dan secara ekslusifnya anda akan tahu selepas ini.

Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut tentang 5 perkara tersebut, apa yang saya harapkan anda sudi memberi komen pada ruangan yang disediakan sebagai penghargaan kepada saya kerana sanggup menceritakan apa yang anda tidak tahu mengenai saya sebelum ini.

Baiklah, saya mulakan sekarang.

1. Nama sebenar saya

Agak peribadi, namun demi anda semua saya dedahkan untuk post kali ini. nama sebenar saya ialah Afzairudy b. Mustafa Afandi. Bagaimana ibu bapa saya boleh memberi nama sebegitu kepada saya? Mungkin anda juga tertanya2. Sebenarnya sewaktu ibu saya Puan Zainon mengandungkan saya pada sekitar tahun 1972 -1973, nenek saya begitu meminati pemain badminton lagenda Indonesia “Rudy Hartono” :) Maka setelah saya selamat dilahirkan, nenek saya ingin meletakkan nama cucu kesayangannya ini Rudy Hartono, namun ibu bapa saya menentang kerana mereka telah punyai nama untuk saya “Kamarul Ariffin”. Lantaran itu, nenek saya inginkan juga cucunya ini punyai nama Rudy.Setelah mesyuarat tergempar antara ibu bapa saya dan juga ibu bapa sudara saya, akhirnya persepakatan telah dibuat demi tidak mengecilkan hati orang tua itu. Dengan itu, maka tercipta Afzairudy hasil Kombinasi Mustafa Afandi + Zainon + Rudy Hartono :) .

2. Tak makan kat kedai mamak

Saya tak pernah makan masakan mamak. Roti canai di kedai mamak pun saya tak makan. Mengapa? Entah ler, saya pun tak berapa pasti tapi saya ada sejarah tersendiri tentang kedai mamak. Cukuplah hanya saya dan rakan2 saya waktu itu yang mengetahuinya.Kalau ada yang ajak jumpa jugak kat kedai mamak, saya hanya boleh minum Teh Tarik jer :)

3. Tinggal berdekatan dan bersahabat dengan Selebriti

Siapakah selebriti yang saya maksudkan?? Mawi…..oh tidak. Rasanya anda semua mengenali selebriti yang saya maksudkan berpandukan foto di bawah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Yer, Ustaz Akhil a.k.a Ustaz Rock. Kediamannya tidak jauh dari rumah saya dan pada mulanya saya mengenali beliau melalui abangnya. Foto di atas dirakam sewaktu kunjungan saya ke rumah beliau pada hari raya aidilfitri tahun lepas.

 

4. Pengalaman dalam bidang perniagaan internet

Saya bermula pada tahun 2006. Pada Jun 2006, saya telah menjalankan perniagaan menjual aksesori wanita. Pendapatan tertinggi melalui jualan aksesoriwanita sebanyak RM1k - RM1.5K pada bulan ramadhan 2006. Disebabkan permasalahan dengan pembekal dan lambakan pengedar2 produk aksesoriwanita ini, maka saya mengambil keputusan untuk berhenti memasarkan produk ini dan bercadang untuk memasarkan produk lain pula. Pada 5 Disember 2006, saya telah melancarkan mini site untuk produk penjimatan minyak kenderaan.

5.Apa yang saya lakukan dibelakang tabir ?

Saya menjalankan perniagaan MLM Cosway secara offline bersama kumpulan saya yang digelar Super Success Group(SSG) . InsyaALLAH, sasaran saya untuk 2 tahun akan datang adalah sekitar RM5k- RM10k.

Rasanya cukup setakat itu sahaja yang mampu saya tuliskan tentang apa yang anda tidak tahu mengenai saya. Mata saya dah pun mengantuk tahap cipan. segala pertanyaan berbangkit, bolehlah diajukan pada ruangan komen yang disediakan. Saya sudahi dengan lafaz yang mulia…..Sekian, terima kasih.

Afzai Afandi

Popularity: 31% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark