Salam buat semua

Terlebih dahulu aku nak ucapkan “Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR” kepada semua pelajar Tahun Enam di seluruh Malaysia tak kira pelajar lelaki atau pun pelajar wanita.Semoga kalian semua dapat menjawab dengan tenang dan berjaya memperoleh skorA dalam semua mata pelajaran yang diambil. Berita TV3 jam 8.00 malam ada memaklumkan bahawa berlaku kebocoran untuk kertas peperiksaan Bahasa Melayu dan Matematik. Maaf, tiada ulasan lanjut mengenai kebocoran soalan ini dan kita tunggu saja apa kata Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)

Tahukah anda? Tak tahu :? ?? Baiklah, aku beritahu . Aku adalah pelanggan Berita Harian . Oleh kerana hari ini (03 Sept ), aku tak sempat nak membaca berita harian secara offline maka aku melayari berita harian online untuk melihat apa ebook pilihan berita2 pilihan untuk hari semalam. Apa yang ingin aku kongsikan di sini adalah satu artikel yang bertajuk “lelaki atau wanita terhebat?” Artikel ini ditulis oleh Diyanah Anuar pada ruangan IKON.

Aku tak nak copy paste semua artikelnya kerana terlalu panjang dan ngkorang pasti tak bacanya :) Jadi aku taipkan mana2 part yang aku rasa best.

Bila hendak bersiap untuk ke mana-mana, lelaki tidak mengambil masa yang lama untuk bersiap. Penampilan ringkas saja pun tidak ada orang yang kisah. Kalau perempuan, dari hujung rambut sampai hujung kaki perlu dibelek…memetik kata2 Mohd Khairul Ikhwan Rosli,24

Perunding Perjawatan, Sazreena Wati Zainuddin, 28, pula menyatakan bertuahnya dilahirkan sebagai seorang wanita.Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menjadi lelaki walaupun ketika bersekolah dulu, beliau gemar berpakaian dan berlagak seperti lelaki.

Kata Sazreena, banyak keuntungannya menjadi wanita. Paling menguntungkan adalah layanan istimewa yang sering diberikan kepada wanita.

Tujuh perbezaan psikologi lelaki dan wanita

# Lelaki memahami suatu situasi secara keseluruhan dan berfikir secara global sedangkan wanita `memusatkan’ pemikiran mereka serta bergantung kepada perincian dan nuansa.

# Lelaki adalah pembina dan pencipta. Mereka mengambil risiko dan melakukan eksperimen. Wanita pula memilih pengetahuan paling bernilai dan menurunkannya kepada generasi seterusnya.

# Lelaki lebih berdikari dalam pemikiran tindakan manakala wanita lebih mengikut idea yang disyorkan orang lain.

# Wanita kurang menghargai atau memuji diri mereka berbanding lelaki. Wanita sering mengkritik diri mereka dan lelaki pula sering berpuas hati dengan pencapaian diri.

# Perkara yang memberikan kepuasan juga berbeza. Bagi lelaki, ia adalah karier dan kejayaan sedangkan wanita lebih menitikberatkan keluarga dan anak-anak.

# Lelaki lebih memikirkan mengenai keperluan mencapai impian mereka. Wanita pula lebih menitikberatkan perhubungan berbanding perkara ini.

# Lelaki jatuh sakit pada kekerapan yang sama seperti wanita walaupun wanita lebih prihatin terhadap kesihatan diri. Wanita menghadapi kesakitan atau kerja yang membosankan lebih baik daripada lelaki.

Apa pandangan ngko orang tentang topik ini? Pada pendapat anda, siapa yang hebat? atau ngko orang anda pandangan sendiri mengenai topik ini. Curahkan pandangan bernas ngko orang pada ruangan komen yang disediakan. Jom,hangatkan lagi topik ini!!!!

Aku adalah lelaki dan isteriku adalah wanita

Afzai Afandi 

Popularity: 26% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark