Salam penuh kerahmatan buat semua

Pertama sekali teman nak ucapkan “selamat menjalani ibadah puasa” buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia, walaupun ku tahu bukan seluruh dunia yang datang jengok blog aku :) dan yang sebenarnya teristimewa buat anda yang telah sudi mengunjungi dan memberi komen kat sini.. sekali lagi selamat menjalani ibadah puasa.

Doa Ramadan: Hari Pertama
“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa.”

Amacam semua? bagaimana menghadapi hari pertama berpuasa? Dah siap ker menu untuk berbuka puasa? …….Sebagai satu ibadah wajib, sebenarnya berpuasa memberi banyak manfaat kepada tubuh badan kita. Dengan syarat, betul cara kita mengamalkannya dan betul mengikut tata tertibnya.

Jadi, pada hari pertama berpuasa ni….. aku nak kongsi sedikit ilmu tentang amalan dan cara sihat ketika berpuasa. Ilmu melalui pembacaan dan aku pun sedikit sebanyak dah praktikkan cara ini. Yang pasti ngko orang pun mesti dah praktikkan cara ini juga. Baiklah, kepada yang dah mengetahui teruskan dengan cara ini dan kepada yang belum boleh mencuba untuk puasa kali ini.

Nak tahu apa caranya??? macam biasa pergi pada ‘page’ berikutnya.



Terima kasih kerana sudi untuk mengetahuinya :)

Ada enam cara yang boleh anda amalkan untuk mendapat puasa yang sihat.

1. Jangan tinggal sahur

Ngko orang suka makan apa waktu sahur? Aku cukup suka makan buah timun cina (tembikai) ngan nasi. Kira macam ulamlah tu. Dalam sebuah hadis disebutkan bhawa“Bersabda Rasulullah SAW:Bersahurlah kamu, kerana dalam sahur itu terdapat berkat yang besar.”

Kenapa sahur penting? kerana tubuh badan kita mendapatkan bekalan zat hampir 14 jam. Sebaik2nya pilih makanan berserat dan berprotein tinggi dan elakkan makan terlalu banyak makanan manis….nanti cepat lapar, beb!!

2. Jangan tunda berbuka

berbukalah dengan makan makanan berkabohidrat sederhana yang terdapat dalam makanan manis….contohnya buah kurma. Makanan yang menganduni gula akan cepat mengembalikan tenaga kita. Jangan asyik duk layan ais tebu ker, ais kelapa ker, sunquick ker..tapi aku suka gak layan ais waktu berbuka..kadang2 3 gelas sekaligus..hehehe. Ingat minuman berais akan membuatkan sistem penghadaman tidak berfungsi dengan normal.

3. Makan secara bertahap

Jangan terus terpa nasi 2/3 pinggan…bang. terkejut perut dan beruk. ini bukan gaya yang baik untuk kesihatan. Cukup sekadar makanan manis dan segelas air.Lepas tu, gi bilik air ambil wudu’. Solat maghrib terlebih dahulu kerana ketika solat inilah perut kita akan menyesuaikan diri denagn makanan manis yang baru kita makan tu.Ok, selepas sembahyang, bolehlah meneruskan acara makan. Makan berat tetapi jangan terlalu kenyang.Simpan untuk lepas terawih pulak :)

4. Lakukan senaman

Tak payahlah aku buat ulasan..kerana ngko orang lagi terrer daripada aku  dalam bab2 bersenam, terutamanya si Zool.

5.Minum cukup air

Pastikan minum lapan gelas sebelum menjalani ibadah puasa keesokan harinya.

6. Kawal emosi

Janagn kawal makan dan minum sahaja pada bulan puasa. Kawalan emosi amat penting. Belajar bersabar dan berusaha mendekatkan diri dengan ALLAH. Secara tidak langsung akan mempengaruhi mental dan spiritual kita. Emosi yang baik akan emmbuatkan jiwa kita lebih tenang dan terasa dekat denganNYA.

Baiklah, sampai di sini dahulu.Untuk makluman, apa yang aku tulis dan apa yang ngko orang baca ni adalah hasil gubahan semula daripada artikel asal dalam Majalah Mingguan Wanita

Itulah kelebihan berpuasa, sihat jiwa, sihat mental sihat fizikal.

Salam Ramadhan

Afzai Afandi

Popularity: 17% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark