Salam penuh kerahmatan buat semua

Hari ini adalah hari kedua kita berpuasa. Ini bermakna lagi 28 hari kita semua akan meraikan kemenangan berpuasa…apalagi, hari raya ler!! Memandangkan hari ini adalah penghulu ketua kampung segala hari, seperti biasa blog ini akan berkongsi ilmu dengan kalian. ilmu yang sedikit jika dikongsi adalah lebih baik daripada ilmu yang banyak.

Cerita bermula di sini. Semalam, imam kat surau aku solat tarawih, surau mana? Surau bt 4 Tambun..ada memberi tazkirah tentang penyakit umat islam samada umat Islam terdahulu dan kesinambungannya umat Islam sekarang.

Menurut beliau, sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah, manusia tidak terlepas daripada segala korupsi, tamak haloba dan juga hasad dengki (Phd) Dengki sememangnya sinonim dengan bangsa kita. Hatta dalam dunia blog ni pun banyak yang dengki ( kata aku…bukan kata imam tu :) ) Kalau dengki yang positif alangkah baiknya, semakin majulah bangsaku.

Tambah beliau lagi, selepas Islam berkembang,gejala yang diwarisi daripada zaman jahiliah ini masih belum tersingkir. Mengapa???? kata beliau, kerana manusia masih bernama manusia dan selagi itulah mereka akan terus berperang antara nafsu dan agama.

 


Keadaan ini pernah diceritakan oleh Abu Hurairah yang berkata, Rasulullah pernah bersabda:

Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat2 terdahulu. Sahabat lalu bertanya, Apakah penyakit-penyakit terdahulu itu? Rasulullah menjawab, penyakit itu adalah…

1.Terlalu banyak bersenorok
2.Terlalu mewah
3.Menghimpunkan harta sebanyak mungkin
4.Tipu menipu dalam merebut harta dunia
5.Saling marah-memarahi
6.Hasut menghasut sehingga zalim menzalimi
Riwayat Hakim

Semoga kita semua dijauhi daripada penyakit yang dinyatakan di atas…Amin

Salam hormat

Afzai Afandi

Popularity: 27% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark