Salam bahagia Salam hormat

Apa khabar semua? semoga kalian semua sentiasa di rahmati dan dilindungiNYA selalu. Permulaannya, bercadang menulis untuk topik pendapatan internet memandangkan agak lama saya tidak menulis topik ini.

Baru jer nak mula menulis, terasa buntu dan tiada idea menarik untuk dibuat kupasan bukan pulasan.

Sebelum aku terus buntu, aku nak cerita kat ngko orang tentang hari Sabtu aku. Dalam pukul 3.00 petang aku ke redemption cosway. Untuk apa?? untuk tukar barang percuma setelah membuat pembelian dengan Cosway. Pada aku, Cosway adalah satu-satunya syarikat yang menghargai pembelinya. Selain bonus dalam bentuk RM, cosway juga memperuntukkan pelbagai barangan untuk ditukar kepada para pemeli sukarelanya.

Berbanding redemption Tesco, Jusco, BonusLink mahupun kredit kad, pada aku redemption cosway lebih berbaloi pembeliannya. Ini kerana, jika penggunannya berbelanja lebih kurang RM300.00, maka dia boleh membuat pertukaran hadiah percuma yang bernilai lebih kurang RM80-RM99. Berbanding Tesco, anda hanya dapat  membuat tukaran nilai sebanyak RM4.50 atas pembelian RM300.00 dengan kad keahliannya.

Gambar2 itu adalah barangan yng aku peroleh percuma di Redemption Centre. Walaupun bonus aku dengan Cosway belum mencecah 5 angka, sekurang-kurangnya aku dapat berjimat dan menjadi pengguna bijak.


Berbalik pada tajuk, biasanya apa yang ngko orang buat apabila kebuntuan, macam saya..? Aku kalau kebuntuan sebegini aku akan  betul2kan urat-urat yg tegang kemudian bersandar lalu berfikir.

Sebelum aku melalut berceloteh, apa kata ngko orang pergi ke blog Zulhairi dan dapatkan juadah istimewa sempena Ramadhan..percuma!!

Pendapatan internet? Aku bukanlah pakar untuk membuat kupasan atau ulasan tentang ini. Aku juga seseorang seperti ngko orang yang mencuba dan berusaha untuk mencipta pendapatan internet.

Kepala aku pun dah mulai pening2..esok nak bersahur dan nak pergi kerja lagi…aku pun dah tak tahu apa aku tulis kat sini.Kiranya aku berhenti di sini. Kalu ada tersilap nanti aku akan edit semula post ini.

Salam hormat

Afzai Afandi

Popularity: 28% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark