Salam hormat buat pembaca

Pada hari Sabtu yang lalu, group kami telah mengadakan pertemuan dikalangan leader bagi membincangkan mana yang perlu dilakukan dan mana yang tidak perlu dilakukan. Pada pertemuan kali ini, saya terasa teruja dengan apa yang diperkatakan oleh upline saya. Dalam pertemuan yang memakan masa selama 2 jam itu, banyak perkara yang saya peroleh dan saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca dan pengunjung blog saya ini.

Sebagai individu beraspirasi dan bercita-cita tinggi yang ingin berjaya dalam apa jua bidang, ada 3 perkara yang penting dan perlu dipelajari.

3 perkara ini, pada saya sememangnya bersesuaian dengan semua perniagaan yang berteraskan MLM sejati. Malahan sedikit sebanyak boleh juga diadaptasikan ke dalam kehidupan seharian kita.

Perkara pertama di sini ialah mempelajari ilmu Multi-Level Marketing. Apa itu ilmu MLM? MLM bukanlah satu bentuk perniagaan yang berteraskan Skim Cepat kaya. Walaupun kebelakangan ini banyak syarikat MLM yang bertopengkan produk tetapi hakikatnya pelan pemasarannnya berteraskan cepat kaya. Jadi hindari syarikat yang mengamalkan konsep sebegini. Selain itu apa yang perlu anda tahu juga tentang MLM ini ianya juga tidak boleh dilakukan secara Long Rangers kerana perniagaan ini perlu adanya duplikasi. Melalui duplikasi inilah perniagaan kita akan cepat berkembang dan mendatang kejayaan pada kita. Berapa tajaankah yang mampu dilakukan oleh kita tanpa adanya duplikasi? Kita bukannya hendak mencari seribu bala tentera tetapi kita hanya inginkan seorang Jeneral kerana melalui seorang Jeneral mampu mencipta lebih daripada seribu bala tentera.

Perkara kedua pula adalah ilmu tentang syarikat. Ilmu ini boleh saya klasifikasikan kepada tiga bahagian atau tiga pecahan iaitu PRODUK, PELAN PEMASARAN dan SYARIKAT.

3 bahagian ini sememangnya sangat penting untuk anda yang bergelar usahawan MLM. Dengan ilmu inilah, kita dapat memperkasakan diri kita untuk berhadapan dengan semua golongan prospek anda. Anda perlu ingat prospek anda akan memberi perhatian kepada segala ilmu dan reaksi anda pada setiap persoalan yang ditimbulkannya.

“Jika anda diberi pilihan untuk memilih orang yang membimbing anda dalam bidang pertukangan, manakah guru yang anda pilih? Guru yang membawa batu sebagai pengetuk paku atau guru yang membawa tukul besi sebagai pengetuk paku??”

Jawapan pastinya ada pada diri anda sendiri. Jadi mempunyai ilmu yang secukupnya amat penting untuk kita menjadi ketua yang baik kepada tajaan-tajaan kita dan dengan ilmu jugalah maka kita akan mempunyai ramai pengikut atau kenalan.

Sebagai contoh terdekat di alam internet ini, anda boleh teladani apa yang ada pada Saiful Sham. Mereka berdua adalah contoh terbaik pada saya. Mereka sentiasa menambah ilmu yang berkaitan dengan perniagaan yang mereka jalankan. Walaupun masih muda namun mereka mempunyai pengikut yang sesetengahnya jauh lebih berumur daripada mereka. Kerana apa?? Sudah pasti kerana ilmu yang mereka miliki.Syabas!!

Perkara ketiga merupakan perkara terpenting iaitu pembinaan diri sendiri. Untuk berjaya kita perlukan jiwa yang besar bukannya jiwa yang kecil Untuk memperoleh jiwa yang besar apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berdamping dengan rakan-rakan yang berjiwa besar. Melalui perdampingan inilah anda mampu merealisasikan apa yang anda impikan kerana golongan manusia yang berjiwa besar sentiasa berfikiran positif dalam segala hal. Selain itu, dengan membaca tulisan-tulisan atau hasil karya orang2 yang berjaya juga mampu membina jati diri anda. Sememangnya agama juga menuntut kita supaya sentiasa mencari ilmu yakni ilmu yang bermanafaat dan mendatang manfaat kepada orang lain. Adalah lebih baik anda membaca bahan2 ilmiah daripada anda membaca majalah2 hiburan, komik atau sebagainya. Kita tidak perlu terlampau mengambil tahu tentang perkembangan artis2 tanah air dan tak perlu memperbesarkan isu2 yang tidak ada kaitan dengan pembinaan diri. Lebih menyedihkan lagi ada juga memanjangkan isu ini sehingga ke kedai kopi. Apakah dengan membuat kupasan tentang isu ini boleh menambah baik pembinaan diri kita?? Pada saya cukup sekadar tahu dan tidak perlu memeningkan kepala memikirkan apakah punca dan jalan penyelesaiannya. Saya tertarik dengan tulisan Charlie “Tremendouse Jones” dalam bukunya Life Is Tremendouse .beliau mengatakan bermula 5 tahun dari sekarang yang membezakan kecuali 2 perkara iaitu “ The People You Meet “ dan “ The Books You Read “. Jadi kesimpulan yang boleh saya ambil, orang2 yang kita temui dan buku2 yang kita baca sebenarnya mampu mencorak penghidupan kita samada menjadi lebih baik atau sebaliknya.

Salam hormat,

Afzai Afandi

Tips: Untuk memilih sesebuah syarikat MLM, pilihlah sebuah syarikat yang kukuh dan mempunyai kualiti produk serta ahlinya tertarik menjadi pembeli sukarela.

Popularity: 29% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark