Salam buat semua

Untuk minggu ini, agak lambat aku membuat post. Bukan kerana jemu, bukan kerana kekeringan idea dan juga bukan malas. Memandangkan tak lama lagi kita semua akan bercuti panjang sempena menyambut Idul Fitri, maka banyak kerja2 offline terpaksa aku siapkan sebelum datangnya cuti raya ini.

Berbalik kepada kerja2 online. Secara ringkasnya, terdapat pelbagai sumber yang boleh kita aplikasikan untuk menjana pendapatan dari internet. Rata 2 para blogger sudah ramai yang tahu dn telah mencipta pendapatan dari internet ini. Untuk post kali ini saya akan senaraikan beberapa jenis program yang boleh kita sertai untuk menambah pendapatan anda.

Program Affiliate
Program affiliate adalah program di mana anda berdaftar dengan menjadi agen kepada produk yang dipasarkan melalui laman web. Apabila ada pengunjung datang melawat laman web affiliate anda dan membuat pembelian maka anda akan mendapat komisyen atas jualan itu.

Persoalan aku mengenai program ini??

1.Adakah mudah untuk memperoleh pembelian daripada pelawat kerana rata2 ramai yang lebih berminat menjadi affiliate daripada pembeli.2. Mana yang lebih baik senang menarik pembeli? menjadi affiliate untuk produk fizikal atau menjadi affiliate untuk produk ebook??

Program Pay Per Click
Program pay per click ini juga adalah sebahagian daripada program affiliate. kebelakangan ini program ini semakin banyak di internet. Cuma sejauh mana ketelusannya sahaja yang perlu kita awasi dan ragui.

Program ini akan membayar setiap ahli berdaftar melalui berapa banyak klik yang dilakukan oleh pengunjung. Antara program ini yang begitu popular adalah google adsense. Selain google adsense, antara program lain yang mendapat tempat para blogger i negara kita ialah kontera dan juga text link ads.

Untuk anda yang berminat mendalami ilmu adsense ini, saya nasihatkan anda mengunjungi blog Si Naem

Persoalan aku lagi??

1. Adakah proram adsense mampu menjana pendapatan sampingan yang berterusan?

Forex
FOREX adalah singkatan bagi perkataan ‘Foreign Exchange’ yang membawa maksud Tukaran Matawang Asing. Apa yang sebenarnya yang diniagakan di pasaran Forex??Forex menjalankan urusniaga jual beli matawang dunia di mana matawang yang berlainan jenis/nilai dibeli, dijual dan ditukar ke matawang lain mengikut kadar yang tertentu.

untuk program ini, saya hanya melaburkan wang kepada kawan saya dan saya tidak bergiat aktif  memandangkan masih malas untuk mempelajari ilmu forex ini. jika anda berminat untuk mengetahui kekuatan dan kemampuan program ini dalam mencipta pendapatan, anda boleh membaca kisah individu ini dan pasti anda akan dapat banyak info.

Baiklah, daripada kesemua program internet yang aku nyatakan kat atas tu, manakah yang ngko orang rasa paling relevan untuk mencipta pendapatan, menjamin pendapatan dan tidak sukar untuk dipelajari..

Salam hormat

Afzai Afandi

Popularity: 50% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark