Assalamualaikum, Salam hormat

Tepat jam 8.00 malam tadi, aku mundar-mandir antara dapur ke ruang tamu. Pada masa yang sama  Buletin Utama bersiaran.  Tetiba keluar berita tentang SwissCash dan disebut pula nama otainya Si Amir Hassan. Aku tidak dapat mengengar berita itu sepenuhnya. Apa yang aku sempat dengar nama Amir Hassan ajer. Mungkin rakan-rakanku yang lain berkesempatan juga mendengar dan melihat berita ini semalam. Lantas aku terus online seketika dan cuba untuk melayari laman dreamkaya.biz. Rupa2nya laman ini telah lama tidak beroperasi.

Kalau tak silap telinga aku mendengar, Suruhanjaya Sekuriti (SC) berjaya mendapatkan perintah injunksi antarabangsa untuk membekukan semua harta milik tiga orang penganjur skim cepat kaya Internet SwissCash di dalam dan di luar negara iaitu Albert Lee Kee Sien, Kelvin Choo Mun Hoe dan Amir Hassan .

Berbalik kepada tajuk post aku. Islam sebenarnya tidak suka umatnya menganggur dan hanya menunggu rezeki disuapkan ke dalam mulut sebaliknya Islam menuntut umatnya bekerja mencari rezeki halal bagi menyara kehidupan diri sendiri mahupun keluarga. Kekadang terasa kesian juga pada investor swisscash. Tapi itulah lumrah alam….hukum karma. suatu ketika dulu, mereka2 ini begitu taksub, sombong dan bermegah2 dengan RM BESAR yg diperoleh. Bila ramai yang mengatakan pelaburannya haram, disangkal malah dikatakan dengki …. tapi itulah, ALLAH maha besar.

Untuk post kali ini , aku serta 5 etika kerja yang dipatuhi dan dijadikan pegangan bagi memastikan rezeki yang kita dapat itu ada keberkatannya, insyaALLAH.

 


Ikhlas dan Amanah

Bekerjalah dengan penuh kerelaan, suci hati untuk mendapatkan keredaan Allah. Bersyukur dengan kerja yang kita lakukan kerana sekurang2nya kita juga adalah penyumbang tenaga untuk pembangunan agama dan negara.

Cekap dan ketekunan

Antara ciri2 pekerja yang baik adalah cekap mengendalikan kerja disamping miliki pula sifat ketekunan. Sabda Rasulullah yng bermaksud ” sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun” Riwayat Al-Baihaqi

Bantu-membantu dan Bekerjasama

Bak kata pepatah Ibarat Aur dengan Tebing..saling memerlukan. Begitulah juga kita manusia. kita tidak mungkin dapat melakukan kerja sendirian, sebaliknya kita juga perlukan insan lain untuk melancarkan kerja kita. Terima kasih Abooain kerana membantu aku semalam :)

Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan….Suratul Maidah:2

Mengabdikan diri kepada Allah

Amat penting untuk kita tanamkan dalam hati bahawa apa jua kerjaya kita itu adalah amanah Allah kerana kerja itu juga adalah sebahagian daripada ibadah kita kepadaNYA. Jadi kepada aku,ngko dan yang lain2 tu, jangan tanamkan niat bekerja itu semata2 untuk naik gaji, naik pangkat dan naik segala2nya…semua itu akan datang kepada kita sekiranya kerja yang dilakukan penuh dengan istiqamah dan penuh rasa keabdian kepada Allah.

Pekerjaan Halal

Wang yang kita peroleh akan menjadi darah daging kita. Justeru pastikan bahawa kerja yang kita sedang lakukan, akan lakukan ini adalah halal dan tidak bertentangan dengan hukum syarak kerana daging yang tumbuh daripada makanan yang haram akan menjadi makanan api neraka.

Sekian,

Afzai Afandi

Menerobos Sempada Diri

Popularity: 36% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark