Bertemu kembali dan salam hormat

Demam jualan murah telah menjelma. Pelbagai promosi dilangsungkan oleh para penjual sempena menyambut I’dul Fitri tidak lama lagi. Hypermarket, supermarket, pasaraya, pasar malam, kedai runcit, peniaga internet dan pelbagai jenis market  mengmabil kesempatan ini untuk mempromosikan barangan masing-masing dengan memperkenalkan pelbagai tawaran harga yang menarik.

 kebiasaannya pelbagai istilah digunakan untuk menarik pengguna membeli barangan mereka ini. Beberapa istilah popular yang selalu diguna pakai dn sering disajikan kepada pancaindera mata dan telinga kita. “Tawaran Istimewa”, “Jualan Gudang”, “Jualan Tutup Kedai”, “Penghabisan Stok”,“Jualan Hebat”, “Harga Runtuh”, “Jualan Murah Giler”,“Murah Sakan”,“Beli Satu Percuma Satu” dan macam-macam istilah lagi.

Apapun istilah yang digunakan, ini hanyalah taktik untuk mengaburi mata dan kewarasan kita sebagai pengguna supaya berbelanja habis-habisan.


Teringat aku kat lagu raya Senario

Hari Raya semua bagai nak gile
Bila puasa buat2lah lupa….

Adalah tidak menjadi kesalahan untuk kita mengambil kesempatan berbelanja ketika jualan murah ini. Selain bertujuan meningkatkan kegiatan perdagangan di negara kita, kita juga berpeluang memperoleh barangan yang sama dengan harga yang lebih murah berbanding kebiasaan.

Apa yang penting elakkan diri kita daripada menjadi mangsa muslihat penjual sehinggakan merugikan diri sendiri. Berbelanja dengan cermat agar membawa berkat dan jangan sampai berhutang untuk memenuhi kehendak nafsu sendiri.

Berhati-hatilah ketika membeli. Gunakanlah pelbagai tips yang anda sedia guna pakai bagi mengelakkan nafsu menguasai diri anda. Jom, kita kongsi tips yang ngko orang guna semasa membeli-belah pada musim perayaan ini.

Salam dari saya

Afzai Afandi

P.S. Kata Amir Hakimi, praktikkan doa ini untuk lebih mudah mebdapat parking semasa pergi ke pusat membeli-belah :)

 

Popularity: 48% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark