Assalamualaikum, Salam sejahtera

Semoga ngko orang semua sihat sokmo dan sentiasa diberi kekuatan dalam menyempurnakan ibadah puasa yang tak lama lagi akan meninggalkan kita. Sebelum tu, aku nak berongsi ngan ngko orang tentang berita baik kepada penggiat internet di Malaysia. Cerita tentang Adsense dan juga cerita tentang paypal. Aku takkan ulas dengan lebih lanjut kat sini, kerana berita baik ini pun aku dapat dari blog badruzamani. Kalau ngko orang nak tahu lebih lanjut, pergi ke blog beliau sekarang. Tapi jangan lupa patah balik kat sini ekk :)

Secara ringkasnya, apa yang ingin aku kongsikan dengan ngko orang adalah berkenaan dengan berbuat kebaikan. Ramai yang tahu buat baik dibalas baik…itulah hukum alam. Ingat, jika kita ingin mengajak orang lain melakukan kebaikan tentulah kita sendiri harus memulakannya dulu…betul tak?? kata pepatah “Kepimpinan Melalui Teladan “


Orang yang berbuat baik, jika perbuatan baiknya itu dicontohi oleh orang lain pula, maka dia akan beroleh ganjaran yang berlipat kali ganda. Jika sebaliknya, maka besarlah azab yang akan menantinya samada di dunia dan di akhirat.

Sabda Rasulullah

Sesiapa yang memberikan contoh melakukan perbuatan baik dalam Islam, kemudian perbuatan baiknya itu diikuti orang, maka dia akan dapat pahala sebanyak pahala orang yang mengikutinya. Begitu juga sesiapa yang mengajak melakukan kejahatan, kemudian diikuti oleh orang lain, maka ditulis dosa terhadapnya sebanyak dosa orang yang mengikutinya, tidak terkurang sedikit pun…”

Sama-samalah kita mempraktikkannya. Yang baik datangnya dari ALLAH dan semestinya yang dhaif dan tidak baik itu datangnya dari saya..

Salam Hormat

Afzai Afandi

Popularity: 20% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark