Assalamualaikum buat semua.

Jadual harian untuk minggu ini agak padat sedikit dan berlarutan sehingga hujung minggu ini. Pada pagi Sabtu 03 November ini, aku mengikuti satu seminar tentang MLM dan Masa Depan dalam MLM. Saudara AmirHakimi kalau berkesempatan nak mengikuti saya, amat dialukan dan boleh mesejkan kepada saya :) Petang tu pula, sebaik selesai seminar tersebut, akan bergegas ke Kuala kangsar untuk mesyuarat jawatankuasa Sambutan Hari Keluarga Hajah Mariatul Qabtiah yang akan diadakan pada minggu pertama cuti sekolah nanti di Hutan Lipur Ulu Kenas.Untuk slot malam pula, satu perjumpaan dengan prospek di Silibin.

Alhamdulillah, semenjak mengamalkan pemakanan kesihatan SUPA EPA dan TONGKAT ALI MOCA PLUS… masalah keletihan dan kelesuan tidak mengganggu jadual harian teman.

Berbalik kepada tajuk post hari ini, apa yang cuba aku sampaikan pada semua adalah berkenaan sikap kita. Sikap kita sebagai manusia. Bila disebut manusia, maka sudah tentu kita tidak dapat lari daripada kesilapan. Kesilapan yang dilakukan biasanya akan membuka ruang kepada orang lain membuat penilaian kepada diri seseorang. Kebiasaannya, penilaian yang terus diberikan lebih bersifat negatif. Dengan penilaian dan tindakan sebegini, sebenarnya akan menambah tekanan dalam jiwa seseorang sehingga ada waktunya mereka sukar memperbaiki kesilapan yang lalu dan kembali memperbaiki diri.


Sebuah kisah yang berlaku pada zaman Nabi boleh kita jadikan iktibar dalam kita menilai sikap buruk seseorang. Diringkaskan cerita pada waktu itu, sahabat Nabi iaitu Abu Darda’ ketika berjalan2 beliau ternampak orang ramai sedang mengerumuni dan memaki hamun seorang lelaki. Apabila didekati orang ramai itu dan setelah disiasat, fahamlah Abu Darda’ yang lelaki itu ialah seorang yang buruk akhlaknya. Lantaran itulah masyarakat kampung menghina dan mencacinya. Menyedari hal itu, Abu Darda menasihati sekumpulan orang ramai itu supaya jangan terus mencaci dan menghinanya sebaliknya nasihatilah lelaki itu, berilah tunjuk ajar dan bimbingan. ini kerana apa yang kita benci hanyalah sikapnya dan jika lelaki itu meninggalkan sikapnya yang buruk itu, maka dia juga adalah saudara kita.

Jadi, apa yang dapat disimpulkan celaan bukanlah jalan terbaik untuk menyedarkan seseorang yang banyak membuat dosa dan kesalahan. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan memberi bimbingan ke jalan yang diredhai ALLAH. Bimbingan ke arah kebaikan seumpama menolong orang yang yang terjatuh ke dalam lubang yang dalam.

Ingat! Satu kesalahan yang dilakukan oleh seseorang disebaliknya masih ada lagi sembilan kebaikan yang pernah dilakukan oleh mereka. Jadi maafkan mereka atas kelalaian, kejahilan dan kesalahan yang dilakukan. Bersikap berbaik sangka dan kurang berburuk sangka.

Yang baik hanya dari ALLAH dan semestinya yang kurang elok itu datangnya dari kelemahan iman saya sendiri

Sampai, sampaikan

Salam Hormat

AfzaiAfandi

Popularity: 27% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark