Semoga sentiasa dalam rahmatnya..

Ada ke istilah Blogger Kaya? Ada atau tiada bukan persoalan kepada aku. Ini kerana bukan senang untuk menjadi kaya jika tiada usaha, tiada kekuatan mental dan fizikal. Tetapi jika ada antara kalangan blogger yang mampu menjadi kaya, bermakna mereka tentulah bukan calang-calang blogger.

Apa yang dapat diperkatakan, kejayaan mereka sudah tentu bukan bergantung kepada nasib semata-mata. Sudah semestinya Blogger Kaya ini berpegang kepada pepatah “di mana ada kemahuan, di situ ada kejayaan” dan tidak sama sekali berprinsipkan peribahasa dahulu ” rezeki secupak takkan jadi segantang” dan “untung sabut timbul,untung batu tenggelam..”

Bagaimana pula dengan saya dan juga anda? Adakah kita telah tergolong dalam kategori Blogger Kaya??

Jika di Malaysia, ada dikalangan blogger yang telah mencapai tahap kaya dan ada yang telah menghampiri dan mencapai tahap Jutawan Blogger.

Beberapa contoh yang boleh dikelaskan sebagai Blogger Kaya iaitu Dr Irfan Khairi, Alang, Ananda Gobala Krishnan, Kidino, SaifulSham, SmartZul, Syed Ikhwan dan mungkin ramai lagi yang saya tidak ketahui. Blogger kaya yang saya maksudkan di sini adalah blogger yang telah menjana pendapatan berterusan bertahun2, berbulan2 dahulu. Pendapatan disekitar 5 angka ke 7 angka sebulan.

Disebalik kejayaan blogger2 ini, adakah ngko orang atau anda atau anda atau anda atau anda tahu akan suka duka mereka ini? Aku pun tak tahu…. Mata kita yang melihat kejayaan mereka,telinga kita yang mendengar cerita kejayaan mereka dan mulut kita yang membaca kisah kejayaan blogger2 ini SEMEMANGNYA tergoda dan mengidamkan kejayaan yang serupa.

Tetapi, sanggupkah kita berpenat lelah, meniru dan mengikut usaha payah seperti mereka?? Sanggup ke…? kalau tak sanggup, maka tak usahlah berangan2 kosong.

Tetapi, jika anda sanggup, saya akan dedahkan. Ya, dedahkan rahsia blogger2 ini. Rahsia bagaimana blogger2 ini boleh berjaya dan menjadi kaya. Mencipta pendapatan yang membuatkan isteri/kekasih bertambah sayang, ibu/mertua tak henti2 memuji kita, yang dulu musih kini nak jadi kawan dan apa sajalah..asalkan ngko orang sanggup.

Baiklah, setakat ini dahulu dan saya akan melihat sejauh manakah respon ngkorang tentang “Mengejar Gelaran Blogger Kaya”

Nantikan sambungannya pada post akan datang.

Salam Hormat

AfzaiAfandi

Popularity: 30% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark