Salam hormat Salam ceria
Dalam sehari dua ini, banyak blogger memperkatakan tentang cerita penjualan blog BoB. Mengapa cerita ini menjadi hangat? Ini kerana Pemilik asal BlogOhBlog ini merupakan blogger berbangsa Melayu berasal dari Malaysia. Ianya juga merupakan sejarah dalam dunia blog. Sekalung tahniah buat BoB. Jika korang inginkan cerita lanjut tentang penjualan BlogohBlog ini, bolehlah membacanya di Rajablog, MohdIsmail , dan Asblogger . Ketika post ini ditulis, BoB telah pun selamat dijual. Lumayan beb!!! Siapakah pula yang akan mengikut jejak Bob?
Selain cerita BoB, aku juga ingin kongsikan dengan anda semua tentang sebuah ebook percuma yang bertajuk 6 Modul Google Adsense . Ebook setebal 29 muka surat ini hasil tulisan Sdr Ahmad Munawar (pemilik Jana Wang Adsense) telah aku print out kerana isi kandungannya cukup menarik untuk dibaca. Penerangan yang jelas tentang niche dan high paying keyword membuat minda aku terangsang untuk membacanya. Terima kasih Sdr Ahmad Munawar dan terima kasih juga buat blog Naem kerana melalui blognyalah aku mengetahui tentang ebook ini. Saranan aku, download segera dan jangan lupa nantikan ebook terbaru versi 2 daripada beliau.
Lagi satu cerita yang ingin aku lontarkan di sini adalah berkaitan”mengangkasakan bangsa“.Istilah mengangkasakan ini terbit sudah semestinya berkaitan dengan kejayaan anak Melayu ke angkasa. Walaupun bunyinya agak sedap halwa telinga mendengarnya, namun untuk melaksanakannya bukanlah sesuatu yang mudah.
“Dengan semangat glokal dan kuasa minda yang hebat, maka kejayaan demi kejayaan akan terus kita capai,” katanya sambil merujuk kejayaan angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszhapar Shukor serta pemilihan Hishammuddin sebagai Ahli Lembaga Eksekutif Unesco dan pelancaran KD Tunku Abdul Rahman yang berlaku berturut-turut dalam tempoh kurang 48 jam, bulan lalu.
Najib berkata, orang Melayu juga mesti menghayati dan mengamalkan semangat surah Iqra, iaitu suruhan menuntut ilmu kerana kegemilangan peradaban hanya dapat dibina semula menerusi ilmu dan generasi Ulul Al-Bab.
Selain itu, katanya, perjuangan mulia mendaulatkan Islam perlu dikekalkan dalam negara Islam seperti Malaysia dan Umno sebagai peneraju, pembela dan pejuang agama, tidak boleh tergelincir daripada landasan kebenaran atau menggadai prinsip.
Setinggi Angkasa dan Kapsul Soyuz ada jawapan dan ulasan tersendiri tentang hal ini. Anda berhak membuat tafsiran sendiri tanpa menerima segalanya secara bulat-bulat. Pandangan atasan tidak semestinya tepat dan pandangan bawahan belum tentu tidak boleh diterima pakai. Masih ingatkah Sejarah “Singapura dilanggar Todak?”
Sebagai penutup bicara, apa kata korang kongsikan cerita menarik korang kat sini. Setidak-tidaknya, dapatlah kita tambahkan lagi ilmu untuk minggu ini.
Oh ya, sambungan untuk Mengejar Gelaran Blogger kaya akan saya sambungkan pada minggu depan
Sekian, salam hormat dari saya
AfzaiAfandi
Popularity: 31% [?]
Search your domain name wishing to have. Get Free NOW!!
Saya lebih senang dikenali sebagai Afzai Afandi. Mula menceburi bidang internet ini sejak akhir tahun 2005.Kini saya memandang perniagaan internet ini merupakan satu bentuk perniagaan yang amat bersesuaian dengan diri saya.Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan modal yang banyak tetapi mampu untuk menghasilkan pulangan yang lumayan.
RajaBlog.info
November 8th, 2007 at 5:57 pm
Thanks for the link bro
Blog yang sangat menarik dan kemas. Just subscribe your feeds
awqi_zar
November 8th, 2007 at 7:31 pm
salam bro,
wah menarik bto la post kali ini..dh lme xupdate,bz ker?heee..duit masyuk heh..heee..ttg ads-click tue..mmg klik dari malaysia dikira..kenape?setakat ini baru de 2klik baru dapat dlm 30sen..sje jek join byk program ads..nk tgk yg mne ok..yg ads-click nie..die kira ikut keyword yg kite pilih..
AfzaiAfandi
November 8th, 2007 at 8:56 pm
Raja Blog: Me too. Terima kasih atas pujian dan terima kasih juga kerna sudi subcribe my feed
Awqi : Bz spt hari2 biasa. Sy ada join jugak ads-click tu
Join semasa baca blog problogger.net.Thanks 4 yr information.Nanti sy letakkan url blog mike….sbg link xchange
WaWa
November 8th, 2007 at 9:15 pm
terima kasih kerana membuat pautan ke blog saya.
salam hormat.
AfzaiAfandi
November 8th, 2007 at 10:00 pm
Wawa: Salam diterima. Tertarik dgn ulasan u pasal “mengangkasakan bangsa” tu..Kat oversea ker??
WaWa
November 9th, 2007 at 12:07 am
terima kasih. bagus juga buat pautan tu. mengajak lebih ramai orang berkongsi pendapat.
a’ah. oversea.
AfzaiAfandi
November 9th, 2007 at 1:05 am
Belajar ke bekerja ? kat negara mana? bagus jugak kalau dapat jalin hubungan bisnes
selamat di perantauan.
titan
November 9th, 2007 at 7:57 am
Isu menarik minggu ni?
1. Dapat komisyen dari Im-Myth
2. Tengah Promosi ViralURL
3. Bakal Dapat komisyen pertama dari Bidvertiser
4. Dapat payment ke 4 dari Obeus
Itu sahaja.
AfzaiAfandi
November 9th, 2007 at 3:07 pm
Titan, Obeus tu apa ekk??
Faquhar
May 23rd, 2008 at 7:30 pm
boleh percaya ke ajak download leh dapat 0.25 sen hehe
KUHA
AfzaiAfandi
May 23rd, 2008 at 11:35 pm
Faquhar..memang boleh percaya. ownernya Mawardeee tu seorang yg serius dlm bidang ebiz ni. Dia pun dah kira otai IM Malaysia ni. Takkan dia nak busukkan namanya
Faquhar
May 24th, 2008 at 4:04 pm
eh ye ke dia terkenal kat malaysia ni :)… maklumla masih baru dalam dunia internet tanpa sempadan ni hi3…