Salam hormat Salam ceria

Dalam sehari dua ini, banyak blogger memperkatakan tentang cerita penjualan blog BoB. Mengapa cerita ini menjadi hangat? Ini kerana Pemilik asal BlogOhBlog ini merupakan blogger berbangsa Melayu berasal dari Malaysia. Ianya juga merupakan sejarah dalam dunia blog. Sekalung tahniah buat BoB. Jika korang inginkan cerita lanjut tentang penjualan BlogohBlog ini, bolehlah membacanya di Rajablog, MohdIsmail , dan Asblogger . Ketika post ini ditulis, BoB telah pun selamat dijual. Lumayan beb!!! Siapakah pula yang akan mengikut jejak Bob?

Selain cerita BoB, aku juga ingin kongsikan dengan anda semua tentang sebuah ebook percuma yang bertajuk 6 Modul Google Adsense . Ebook setebal 29 muka surat ini hasil tulisan Sdr Ahmad Munawar (pemilik Jana Wang Adsense) telah aku print out kerana isi kandungannya cukup menarik untuk dibaca. Penerangan yang jelas tentang niche dan high paying keyword membuat minda aku terangsang untuk membacanya. Terima kasih Sdr Ahmad Munawar dan terima kasih juga buat blog Naem kerana melalui blognyalah aku mengetahui tentang ebook ini. Saranan aku, download segera dan jangan lupa nantikan ebook terbaru versi 2 daripada beliau.

Lagi satu cerita yang ingin aku lontarkan di sini adalah berkaitan”mengangkasakan bangsa“.Istilah mengangkasakan ini terbit sudah semestinya berkaitan dengan kejayaan anak Melayu ke angkasa. Walaupun bunyinya agak sedap halwa telinga mendengarnya, namun untuk melaksanakannya bukanlah sesuatu yang mudah. 


“Dengan semangat glokal dan kuasa minda yang hebat, maka kejayaan demi kejayaan akan terus kita capai,” katanya sambil merujuk kejayaan angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszhapar Shukor serta pemilihan Hishammuddin sebagai Ahli Lembaga Eksekutif Unesco dan pelancaran KD Tunku Abdul Rahman yang berlaku berturut-turut dalam tempoh kurang 48 jam, bulan lalu.

Najib berkata, orang Melayu juga mesti menghayati dan mengamalkan semangat surah Iqra, iaitu suruhan menuntut ilmu kerana kegemilangan peradaban hanya dapat dibina semula menerusi ilmu dan generasi Ulul Al-Bab.

Selain itu, katanya, perjuangan mulia mendaulatkan Islam perlu dikekalkan dalam negara Islam seperti Malaysia dan Umno sebagai peneraju, pembela dan pejuang agama, tidak boleh tergelincir daripada landasan kebenaran atau menggadai prinsip.

Setinggi Angkasa dan Kapsul Soyuz ada jawapan dan ulasan tersendiri tentang hal ini. Anda berhak membuat tafsiran sendiri tanpa menerima segalanya secara bulat-bulat. Pandangan atasan tidak semestinya tepat dan pandangan bawahan belum tentu tidak boleh diterima pakai. Masih ingatkah Sejarah “Singapura dilanggar Todak?”

Sebagai penutup bicara, apa kata korang kongsikan cerita menarik korang kat sini. Setidak-tidaknya, dapatlah kita tambahkan lagi ilmu untuk minggu ini.

Oh ya, sambungan untuk Mengejar Gelaran Blogger kaya akan saya sambungkan pada minggu depan :)

Sekian, salam hormat dari saya

AfzaiAfandi

 

Popularity: 34% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark