Assalamualaikum pembaca budiman

Lebih kurang pukul 1:43 tengah hari semalam, aku telah menerima satu pesanan ringkas (SMS) daripada sahabat siber aku Saudara Amir Hakimi. Beliau mengundang aku ke rumahnya untuk makan2. Malangnya aku tidak dapat datang kerana berada diluar kawasan sempena cuti deepavali. Terima kasih atas undangan itu dan aku menghormatinya kerana mengingati aku. InsyaALLAH, aku akan ke rumahnya dalam masa terdekat ni.

nak tanya, apa menunya Amir…? rugi tak dapat datang.

Seperti biasa, bersempena hari Jumaat blog afzaiafandi akan menyajikan hidangan perkongsian ilmu tentang keagamaan buat semua pengunjung di sini.Untuk hari ini, aku akan ceritakan satu artikel yang aku baca pada majalah Mingguan Wanita. Mungkin sesiapa yang melanggan majalah ini ada terbaca artikel tentang topik yang akan aku kongsikan ini.

…Rasulullah tidak dapat menahan kesedihannya semasa baginda memangku cucunya..

Kebiasaannya, apabila setiap kali berlaku peristiwa trajis dan menyayat hati dalam masyarakat, sesetengah daripada kita akan menitiskan airmata dek kerana mengenangkan nasib yang menimpa individu atau kelompok masyarakat tersebut. Seperti kes yang berlaku ke atas Adik Nurin Jazlen.Kesempatan ini marilah kita mensedekahkan bacaan Al Fatihah kepada Adik Nurin Jazlin…Al Fatihah.

Mengapa menangis? entah le…tiba2 jer air mata mengalir membasahi pipi. Adakah kerana sedih? atau kegembiraan? mungkin juga satu lakonan? Yang pasti riak wajah yang ikhlas menitiskan air mata berbeza dengan rupa paras yang mengalirkan air mata secara memaksa.

Anda semua pernah menangis?
Maksud aku ketika memasuki usia dewasa. Putus cinta?…putus tunang? kematian insan tercinta?isteri selamat bersalin? suami kahwin lagi satu? anak menderita kesakitan? Itulah situasi yang biasanya manusia akan mengalirkan air mata..dan pengalaman aku pula, air mata aku pernah mengalir jernih tatkala aku melihat isteriku berperang dengan kesakitan semasa hendak melahirkan zuriat-zuriatku. Kata isteriku, hatinya tenang ketika itu apabila melihat air mata aku dan kesakitan hilang tetiba. Itulah kebesaran ALLAH.

Nabi Muhammad juga pernah menangis tatkala baginda melihat cucunya yang masih kecil dan sakit pula. Rasulullah tidak dapat menahan kesedihannya semasa baginda memangku cucunya itu di ribaan. Dalam keadaan seumpama itu, air mata Rasulullah mengalir.

Seorang sahabat bertanya ” Wahai Rasulullah,kenapa tuan menangis.” Baginda menjawab.“Air mata ini bukti wujudnya kasih sayang ALLAH TAALA yang diletakkan ke dalam hati kita. ALLAH mengasihi setipa orang yang mengasihi sesama insan lain”

Begitulah nilai titisan air mata yang mengalir dari kelopak mata seseorang bila mana amat bersimpati dengan penderitaan orang lain. Itulah juga tanda bahawa kita memiliki perasaan kasih sayang terhadap sesama manusia.

Islam mengajar kita erti kasih sayang sesama manusia.Perasaan kasih sayang inilah yang boleh mengikat persefahaman dan saling menghormati sesama manusia.Dengan wujudnya kasih sayang sesama manusia, maka sudah tentu rahmat ALLAH akan sentiasa memayungi kehidupan kita.

Perasaan kasih sayang ini juga adalah nikmat yang ALLAH campakkan ke dalam hati manusia. Perasaan ini menjadi sumber daya kekuatan dalam kehidupan manusia sesama manusia, manusia dengan Pencipta Alam dan manusia dengan alam sekitarnya. Pupuklah kasih sayang sesama kita demi mencari keredaan daripada-NYA.

Bagaimana pula dengan anda semua? Sudi ke berkongsi pengalaman titisan air mata korang.

Nota Kaki :
Ditegah menceritakan pengalaman menangis sewaktu melihat filem cinta Melayu ke, filem cinta Hindustan ke atau omputih ke . Takut nanti lebih ramai yang menangis apabila membaca pengalaman anda itu :)

Salam hormat daripada saya
AfzaiAfandi

Popularity: 30% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark