Pengunjung yang dihormati

Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih buat AmirHakimi & Famili atas layanan baik sepanjang menerima kunjungan balas aku ke rumahnya,lewat petang semalam. Post untuk hari ini sememangnya aku dah rancang sebelum ke rumahnya. Ini kerana, isu yang ketengahkan ini adalah isu paling sensasi untuk minggu ini. Isu yang berkaitan dengan politik negara dan disamping itu aku ingin menarik traffik ke laman aku ini :)

Isu tentang perhimpunan rakyat yang diadakan pada 10 November 2007 bermula jam 3:00 petang. Di sini aku paparkan 2 berita daripada akhbar utama negara kita iaitu Berita Harian dan Harakah

Lebih 100,000 sertai himpunan, 30 ditahan
Wan Nordin Wan Yaacob
Sat | Nov 10, 07 | 5:32:45 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar memaklumkan BERSIH berjaya mengumpul lebih 100,000 peserta dalam perhimpunan aman yang bermula sejak jam 2.00 petang tadi di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, khususnya di kawasan Istana Negara walaupun terpaksa mengharungi pelbagai sekatan polis.


Beliau yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi berkata, PAS dan pakatan dalam Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berjaya mengawal perhimpunan dan membuktikan tiada unsur ganas atau sebagainya seperti yang diuar-uarkan Umno-BN sebelum ini.

Bangga dengan sikap yang ditunjukkan peserta perhimpunan, beliau menyifatkan ia cukup berjaya menyampaikan mesej kepada kerajaan bahawa rakyat menuntut pilihan raya yang bersih dan adil……baca berita penuh

Peserta perhimpunan haram agresif
Oleh Ifwan Tun Tuah

KUALA LUMPUR: Polis terpaksa menggunakan semburan air serta gas pemedih mata bagi menyuraikan peserta perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang bertindak agresif di ibu negara semalam.

Tindakan itu terpaksa diambil kira-kira jam 2.30 petang selepas arahan bersurai tidak diendahkan, sebaliknya peserta perhimpunan yang sebelum itu berkumpul di Masjid Jamek, Kompleks Beli-Belah Sogo dan Masjid Negara mula menolak anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) yang menyekat laluan ke Dataran Merdeka.

Perhimpunan terbabit diharamkan selepas polis menolak permohonan permit oleh penganjurnya, kerana faktor keselamatan dan ketenteraman awam di ibu negara.

Polis juga mengadakan sekatan jalan raya di pelbagai lokasi untuk memeriksa kenderaan yang masuk ke pusat bandar dan keadaan sesak di beberapa jalan utama.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis membebaskan 245 orang yang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram di sekitar pusat bandar semalam selepas keterangan mereka diambil.

Mengikut anggaran polis, katanya sekitar 4,000 orang berhimpun secara haram di sekitar pekarangan Dataran Merdeka sehingga ke Masjid Jamek dan polis berjaya meleraikan mereka dengan menggunakan gas pemedih mata dan penyembur air….berita penuh

Apa pula pandangan ini tentang perhimpunan ini? Lontarkan pendapat anda sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara. Adakah ianya BERSIH atau HARAM pada penilaian mata hati anda???

Nota kaki: Lihat dunia dari mata burung bukannya dari dalam tempurung.

Salam Hormat

AfzaiAfandi

Popularity: 38% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark