Salam mesra buat pengunjung yang dihormati

Kebiasaannya ramai blogger yang meletakkan iklan pay per klik pada laman blog masing2. Paling popular dan telus adalah program google adsense. Selain itu, antara program2 yang memikat hati para blogger untuk mendapatkan RM besar adalah advertlets dan juga nuffnang. Terbaru pula adalah program WidgetBuck$.

Semalam dan hari ini, aku banyak membuat kunjungan ke blog2 kengkawan dan forum2. Daripada kunjungan itu, apa yang menariknya dalah cerita berkenaan ketiga2 program yang aku nyatakan kat atas tu… kat mana?? kat atas tu… kat mana?? kat atas tu

Cerita pertama

Berkenaan dengan program nuffnang. Aku punya akaun pun duk ada tak sampai 10 henggit. Mungkin rakanku yang lain telah menikmati McDonald ataupun Char Kui Tiow hasil pendapatan NuffNang mereka. Yang menarik perhatian aku adalah cerita yang aku baca pada bloglah.org. Cerita yang bertajuk NuffNang-Teluskan cara pembayaran dibuat? adalah sesuatu yang memeranjatkan aku, dia dan juga kamu. Cerita ini perlu dibaca dan tidak boleh ditonton sahaja. cerita ini juga tidak sesuai untuk anda yang baru sahaja selesai menikmati McDonald atau Char Kui Tiow kat Dataran Ipoh. Klik di sini untuk membaca cerita ini dan jangan klik di sini.

Itulah cerita pertamanya. Sekarang kita pergi kepada cerita kedua.


Cerita kedua pula berkenaan dengan program Advertlets. Ceritanya juga berkaitan dengan ketelusan pembayaran. Mengapa ini boleh terjadi? Sesiapa blogger yang pernah mengenali owner Advertlets “Josh LIm” semasa RUMPUN 07 tempoh hari. Adakah anda merasakan beliau sanggup melakukan perkara ini? atau pun perkara ini belum dibuat tindakan oleh beliau?? Apakah perkara ini yang saya maksudkan. kalau nak tahu cerita selanjutnya korang bacalah perbincangan forumer WC kat sini ekk.

Dah baca ker cerita kedua tu… kalau belum boleh baca kat sini jugak.

Lagi satu cerita adalah berkenaan dengan program terbaru WidgetBucks. Sekarang telah banyak suara2 jantan blogger menyuarakan ketidakpuas hatian tentang program ini. Namun perkara yang disuarakan oleh mereka termasuklah otai adsense belum lagi terjadi pada aku dan juga titan dan mungkin juga rakan blogroll aku. Apakah kita semua hendak diperdaya oleh pihak widgetbucks atau pun ini hanyalah kesilapan teknikal? Aku sememangnya mengharapkan program ini bertahan lama seperti adsense memandangkan Amazon dan eBay turut terbabit sebagai advertiser. Jadi perbincangan cerita hot ini ada di sini dan cerita ini juga menjadi topik post blog ini. Walaupun begitu, nasib aku masih lagi baik dan akaun aku tidak menerima nasib seperti mereka.

Nota Kaki: ketiga2 owner program ini tidak mengetahui apakah balasan ALLAH pada sipenipu

Sekian, terima kasih

Yang menulis

AfzaiAfandi

Popularity: 35% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark