Assalamualaikum pembaca budiman

Terlebih dahulu aku nak ucapkan setinggi tahniah kepada pelajar2 yang memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR yang baru diumumkan semalam. Selain daripada cikgu2 dan pihak sekolah yang berasa bangga sudah tentu ibu dan ayah merekalah insan yang paling gembira dan bersyukur dengan kejayaan itu. Aku sendiri juga bangga kerana negeri kelahiran aku Terengganu berjaya mengekalkan kegemilangan peratusan tertinggi peringkat kebangsaan selama 7 tahun berturut2. Satu kejayaan yang luar biasa hebat. Tahniah! Tahniah!

Pemaaf bukan pendendam

Mengapa? Sedangkan orang itu banyak berbuat salah kepada kita? mengapa perlu dimaafkannya.

Kalau kesalahan lain, aku boleh maafkan. Tapi yang ini dah melampau.Tak boleh! Tak boleh!



Apa yang perlu kita ketahui dan perlu sedar dengan kewarasan minda kita adalah ALLAH maha pengampun. Allah mengampun tanpa mengira sebesar mana dosa makhluk kepada-NYA dan juga tanpa mengira sejahat mana orangnya selagi mana makhluknya mengakui akan kebesaran ALLAH dan sentiasa menginsafi akan kesalahannya.

Tetapi, mengapa kita yang hanya bergelar manusia kerdil tidak mampu untuk berbuat demikian. Hanya kesalahan ‘kecil-kecil’ sahaja yang mampu kita maafkan. Jika kesalahan yang ‘besar-besar’ amat berat untuk kita maafkan termasuklah saya sendiri.

Berdendam pula bukanlah satu sikap yang baik untuk kita praktikkan dalam kehidupan kita. Berdendam akan menjadikan jiwa dan hati kita sentiasa tidak tenang apabila bersua muka dengan orang yang kita dendam. dari situ, pelbagai gerak badan akan wujud. Mungkin kita akan tunduk kerana tidak ingin melihat wajahnya. Mungkin juga kita akan berdiam diri kerana tidak ingn bercakap dengannya dan mungkin juga kita akan mengelak daripada berjumpa dengannya.

Jadi, bersikaplah pemaaf. Jangan takut dan buangkan sikap ego kita. Kita perlu bangga dan tidak perlu takut orang mengata… jika apa yang kita lakukan itu selari dengan kehendak ALLAH.

Ingat dan yakinlah…setiap perkataan yang terkeluar atau terucap oleh lidah kita akan diperhitungkan di Padang Mahsyar kelak.

Pengalaman anda dan pandangan anda, bagaimana??

Salam Hormat

AfzaiAfandi

Popularity: 19% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark