Pembaca yang dikasihi

Dua hari berada dalam kemurungan. Mungkin apa yang AbdFatah rasa suatu ketika dulu sama seperti apa yang aku rasa. Masalah bandwidth limit. Bagi mengatasi masalah ini, aku telah upgradekan pakej hosting aku kepada yang lebih besar bandwidth agar perkara yang sama tak akan berulang lagi. Ini adalah kali kedua blog aku menghadapi masalah ini. “Sediakan Payung Sebelum Hujan”.Terima kasih Cik Sue atas kerjasama baik dan melayan panggilan dan email saya dengan penuh kelembutan suara :) Mohon kemaafan kepada semua.

Baiklah, aku tak ingin bercerita tentang bandwidth limit ini. Apa yang ingin aku sampaikan kali ini berkenaan peluang pendapatan dari internet. Mungkin sekarang, semakin ramai yang cuba berjinak2 dan ingin serius dalam dunia internet. Samada ingin berblog atau ingin memulakan perniagaan dari internet. Terbaru, sahabat kita Syawal telah pun bermula sebagai salah seorang blogger. Tahniah!! Setelah beberapa hari mengikuti kuliah dari aku, akhirnya terbitlah Syawal dot Net. Bermula dengan rasa kecintaan dan keikhlasan, pasti suatu hari nanti anda akan tahu bagaimana pula untuk mencipta pendapatan dari internet??

Memetik bidalan Shuth (salah seorang otai internet) yang berbunyi “Alang2 menulis blog biar sampai dapat duit” adalah bertepatan dengan jiwa aku. Walaupun mungkin pada peringkat awal kita belum mencapai ‘Target Rich’ sekurang2nya hasil pendapatan yang sedikit itu boleh menampung bil2 internet ataupun paling tidak boleh menampung top-up prepaid korang.

Untuk pengetahuan oldnewbie, antara program yang boleh kita lakukan untuk mula mencipta pendapatan dari internet adalah program affiliate, program google adsense dan juga membuat jualan dari laman web kita. Bagi yang telah lama berkecimpung, mungkin program yg aku nyatakan itu sudah tidak asing lagi tetapi bagi newbie mungkin sebaliknya.

Apa itu Affiliate?

Secara ringkasnya, Affiliate adalah satu program di mana anda mendaftarkan diri dengan pemilik laman web untuk menjadi Agen Affiliate. Setelah menjadi Agen, anda akan dibekalkan dengan satu link Affiliate khusus.

Anda perlu mempromosikan laman web yang berkenaan dengan menggunakan link yang diberikan. Setiap jualan yang berlaku melalui link tersebut. Anda akan diberikan komisyen mengikut peratusan tertentu. Ia diibaratkan seperti anda menjadi jurujual atau agen jualan kepada sesuatu produk yang dipasarkan oleh individu atau syarikat tertentu.

Syor saya di sini, milikilah ebook yang berjudul Affiliate Dahsyat dan pelajarilah ilmu yang terkandung di dalamnya. Nescaya, dengan ilmu tersebut anda pasti akan dapat mencipta pendapatan daripada program affiliate. Membeli ebook berbayar menjadikan anda lebih menghargai ilmu yang terkandung berbanding ebook percuma yang hanya anda akan jadikan sebagai koleksi dalam simpanan data komputer anda.

Apa pula Google Adsense?

Program yang cukup popular di internet. Google Adsense merupakan satu program perkongsian pendapatan daripada pengiklanan di internet oleh Google. Program ini merupakan satu-satunya program membuat duit di internet yang memerlukan syarat kelayakan yang minimum dan anda pun boleh lakukannya!

Produk mesti beli, untuk mengetahui bagaimana mencipta pendapatan melalui program ini. Anda juga boleh membaca testimoni saya di ruangan lagi testimoni tentang ebook yang saya syorkan ini.

Bagaimana pula dengan membuat Web Jualan?

Siapa tak kenal dengan Dr. Irfan Khairi, jutawan Muda Internet dan sekarang menambah lagi satu title iaitu selebriti :) Bagaimana beliau boleh menjadi jutawan dengan hanya melakukan perniagaan internet dari rumah sahaja.

Apa yang perlu anda tahu, perniagaan internet sememangnya boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan jika dilakukan dengan kaedah yang betul dan bersungguh-sungguh. Jadi, saya amat2 mengesyorkan, kepada anda yang ingin serius dalam bidang ini agar membuat sedikit review tentang ebook ini sebelum anda membelinya. Pandangan saya tentang ebook ini adalah MANTOP kata Ustaz Zamri.

Sekian dahulu dari saya. kepada anda yang telah membeli ebook2 yang saya nyatakan di atas, apa kata kita berkongsi di sini.

Salam hormat buat semua,

AfzaiAfandi

p.s. Terima kasih Abooain atas sikap prihatin anda pada masalah blog ini tempohari :)

Popularity: 59% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark