Pembaca budiman

Pertama sekali, ingin aku panjatkan rasa kesyukuran kerana anak kami selamat dikhatankan dan majlisnya juga berjalan dengan lancarnya sepertimana yang dirancang. Lihat gambar berkhatan di sini :)
Buat AbdPFatah, aku mintk maaf kerana tak sempat nak postkan topik keagamaan pada minggu lepas. Terharu aku kerana ada juga rakan blogger yg prihatin atas topik keagamaan yang dipostkan pada setiap hari Jumaat. Thanks Fatah!!

Rasanya, mungkin ramai newbie yang menggunakan platform wordpress masih tercari2 plugin yang sesuai atau yang perlu untuk blog masing2. Sebagaimana yang korang tahu, plugin ini merupakan fungsi asas yang terdapat dalam wordpress. Untuk menjadikan blog korang lebih umpphh dan lebih memudahkan kerja korang, maka beberapa plugin lain perlu ditambah.

Di sini, aku senaraikan beberapa plugin yang aku rasakan penting dan sesuai untuk sesebuah blog. InsyaALLAH, dari masa ke semasa, jika aku dapati ada plugin lain yang sesuai akan aku nyatakan pada korang. Plugin2 yang aku rekemenkan di sini berdasarkan penelitian pancaindera mata aku sendiri pada blog2 otai internet sedunia.

1. Akismet

Plugin ini amat saya cadangkan kerana plugin ini berfungsi untuk membuat pemeriksaan komen ke blog korang samada SPAM atau sebaliknya. Pluin ini dikira wajib ada untuk blog korang.

Download Plugin Akismet

2. Add This Sosial Bookmarking

Lebih kurang macam penanda buku. Untuk apa plugin ini??Jawapannya untuk lebih memudahkan pembaca atau pengunjung blog korang membuat penandaan pada topik2 yang mereka gemari.

Nakkan plugin ini, sila layari laman ini

3. All in One SEO Pack

Plugin ini berguna untuk membantu menaikkan traffik blog atau traffik post yang korang.

Korang boleh baca panduannya terlebih dahulu sebelum menggunakan plugin ini.

Download All in One SEO Pack

4. Get Recent Comments

Memaparkan komen2 para pembaca blog korang dan juga memaparkan trackbacks daripada blog2 lain ke blog korang. dipaparkan pada sidebar blog korang. Klik “option” selepas korang membuat pengaktifan plugin ini.

Download Get Recent Comments

5. Contact Form

Bertujuan untuk memudahkan pengunjung blog korang membuat pertanyaan atau apa jua kehendak mereka dengan mengisi borang yang disediakan. Dengan kata lain tempat untuk pengunjung menghubungi kita.

Maklumat lanjut bagaimana menggunakan plugin ini.
Download Contact Form

6. If U Liked That

Maksud yang lebih mudah adalah “Related Post” post berkaitan. Post2 berkaitan yang dipaparkan adalah post2 yang sama kategori dengan topik post yang terkini.

Download plugin If U Liked That

7. Popular Post Widget

Plugin berfungsi untuk memaparkan post2 popular pada blog korang. ini akan menarik pengunjung blog untuk membaca topik2 popular tersebut.

Download Popular Post Widget

8. Top Commentators Widget

Memaparkan pada pengunjung blog, nama2 yang tersenarai sebagai pengkomen teraktif atau terbanyak sama ada pada setiap minggu, setiap bulan dan juga sepanjang masa. Untuk apa plugin ini?? sebagai tanda anda menghargai pengkomen2 blog anda…kan!!

Download Top Commentators Widget

9. Top 10

10 post terkini…. download plugin Top Ten

10. What Would Seth Godin Do

Memaparkan welcome message pada pengunjung blog. Plugin ini juga penting untuk menarik perhatian pengunjung blog kita membuat pendaftaran di RSS Feed kita.

Download Plugin WWSGD

Plugin2 di atas hanyalah saranan daripada aku sahaja. Tiadak ada kena mengena dngan mana2 pihak. Jika anda inginkan plugin2 tersebut bolehlah download pada link2 yang telah diberikan tetapi segala apa yang berlaku pada blog korang bukanlah dibawah tanggung jawab aku :)

Kepada blogger2 yang dah lama bergelumang dengan plugin ini, bolehlah berkongsi idea, tips dan pesanan korang di sini. Bolehlah aku tambahkan ilmu sekali.

Nota Kaki : Selepas download, unzipkan fail yang didownload. Kemudian barulah upload fail2 yg telah diunzip. Pesanan ini hanya untuk newbie

Salam hormat daripada saya

AfzaiAfandi

Popularity: 35% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark