Pembaca yang dihormati

Dalam minggu ini, banyak juga isu2 gempak yang berlaku kat negara kita. Belum reda dengan isu Perhimpunan Haram, datang pulak Perhimpunan Hindraf. Disebabkan isu ini blog aku mendapat rating tertinggi untuk carian “perhimpunan haram” pada enjin carian yahoo. Mungkin ini juga antara penyebab bandwidth limit tempoh hari.

Untuk kali ini aku tidak hendak bercerita tentang Perhimpunan Hindraf tu, sebaliknya aku akan panjangkan post aku kali ini dengan aktiviti aku hujung minggu baru2 ini. Hampir 2 bulan, aku tak ke Popular Book… jadi kesempatan yang ada aku ajaklah ‘mem’ aku sekali. Langkah kanan kali ini, kerana Popular Book ada menawarkan diskaun untuk ahli dan bukan ahli. Selain daripada membeli buku2 latihan untuk anak2 aku, aku sempat memilih satu buku untuk santapan minda aku. Buku yang berjudul “$upaya Poket Tidak Kosong Lagi” ini, memberi banyak tips berguna untuk kita mengemudi pendapatan kita dengan belanja hangus kita dan juga kehidupan seharian kita.

Apabila dah baca buku ini, walaupun baru bab 2 aku selesai membacanya….rasanya banyak jugak kesilapan yang aku buat :)

InsyaALLAH, nanti apabila aku dah selesai membaca keseluruhan isi kandungan buku ini..aku akan buat review topik by topik kat blog aku ini.

Apa cerita lagi yang mahu diceritakan!!

Terbaru, sahabat cyber aku Abooain atau Otai Web Tools Malaya telah memperkenalkan produk terbarunya 30 Hot MiniSite Niche Template dan juga Quick Web Creations

Sesungguhnya, produk2 keluaran beliau tidak pernah menghampakan pelanggan baik dari sudut harganya mahupun kualiti produknya.

Cerita terakhir aku kat sini adalah berkenaan dengan Program Payloadz. Secara umumnya, program ini membenarkan ahli menjual perisian dan juga produk elektronik secara percuma . Setelah anda mengupload, anda akan diberi kod HTML dan paparkan kod tersebut pada laman wen atau blog anda. Apabila berlaku pembelian melalui link daripada akaun kita, maka pihak Payloadz Inc akan membuat pembayaran terus kepada akaun paypal kita.

Untuk setiap sign up ahli baru di bawah affiliate kita pula, Payloadz juga akan membuat pembayaran terus ke akauan paypal kita. Payloadz akan membayar sebanyak $0.40 atas setiap keahlian.

 

 

 

Sekiranya korang baik hati untuk memberikan aku $0.40, bolehlah membuat pendaftaran sebagai ahli payloadz dengan basic akaun..Terima kasih pada yang sudi mendaftar :)

Ada maklumat yang baik untuk dikongsi ataupun korang ada respon tentang post aku ini, bolehlah kita hangatkan di sini.

Salam Hormat

AfzaiAfandi

 

Popularity: 30% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark