Salam Sejahtera

Sebenarnya, bukan sedikit manusia yang menghadapi masalah kewangan tetapi ramai yang berhadapan dengan krisis kewangan ini. Malah, mengikut laporan yang tersiar pada akhbar, ramai rakyat Malaysia yang belum mencecah usia 30 tahun telah diisytiharkan bangkrup….

Janganlah anda cuba untuk menjadi salah seorang penyumbang kepada statistik bangkrup di negara kita.

Seperti mana yang telah saya janjikan, hari ini saya akan ceritakan ‘Supaya Poket Tidak Kosong’ untuk bab 1 hingga bab 2. Bagi kedua2 bab ini, bolehlah saya simpulkan kandungan isi ceritakan berkisar kepada penabungan dan penjimatan.

Semenjak dahulu lagi wang dan kestabilan ekonomi kita tidak dapat diasingkan lagi. Ramai yang beranggapan 2 perkara itu adalah sama. Tentu sekali ianya adalah perkara yang berbeza. Tidak semestinya individu yang mempunyai pendapatan yang besar mempunyai kewangan yang stabil berbanding individu yang berpendapatan kecil dan begitulah juga sebaliknya.

Dalam kedua2 bab ini, ada menceritakan tentang penjimatan. Mengapa kita perlu berjimat? Ingat….saban tahun kenaikan taraf hidup pasti berlaku dan sudah tentu punca ekeonomi kita akan terganggu. Siapakah kita untuk menidakkan kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak dan pelbagai lagi kenaikan. Jadi, berjimat adalah langkah awal sebagai mengawal ekonomi peribadi kita.


Apa itu Penjimatan?

Agama kita juga menuntut umatnya supaya berjimat dan sesungguhnya membazir itu adalah amalan dan sahabat syaitan. Ingat, penjimatan mudah dibincangkan tetapi sukar untuk dilakukan. Jadi, untuk berjaya melakukan penjimatan perlu dengan pemerhatian dan konsisten.

Dengan langkah berjimat cermat, kita pasti akan dapat mengumpul lebihan wang ini dengan lebih terancang. Dengan terkumpul lebihan wang ini pula, pelbagai perkara dapat dilakukan sama ada bagi penabungan, perbelanjaan keperluan hidup ataupun membayar hutang tertunggak.

Apakah yang boleh kita jimatkan? Semestinya penggunaan elektrik, telefon, internet dan pelbagai cara lagi yang akan diceritakan pada minggu berikutnya.

Apa pula Penabungan?

Korang ingat tak lagi dengan tabung ayam warna merah suatu ketika dahulu..Itulah tabung yang selalu diberi kepada kita semasa kecil dan tersiratnya harapan ibu bapa kita supaya mengamalkan amalan menabung.

Penabungan perlu dibahagikan kepada beberapa bahagian tertentu:

1.Penabungan wang pendidikan

2.Penabungan wang pada waktu kecemasan

3.Penabungan wang untuk hari tua

4.Penabungan jangka masa panjang seperti menunaikan haji, membeli rumah,modal bisnes dll

5.Penabungan jangka masa pendek seperti melancong, beli laptop dll

Namun begitu, mungkin terdapat pelbagai cara untuk anda melakukan penabungan. Yang penting penabungan perlulah bersesuaian dengan matlamat dan rancangan kita.

Jumpa lagi untuk review topik2 seterusnya pada minggu akan datang. Apa kata anda melanggan RSS untuk membolehkan anda tidak terlepas review topik2 yang lebih menarik daripada buku “Supaya Poket Tidak Kosong Lagi” pada minggu akan datang

Salam hormat

AfzaiAfandi


Popularity: 26% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark