Salam bahagia untuk anda semua

Ingat tak lagi tentang masyarakat Jahiliah yang korang belajar suatu ketika dahulu? Ingat!!…. dalam masyarakat Jahiliah, memperoleh anak perempuan merupakan satu musibah kepada keluarga tersebut. Apa tidaknya, pada waktu itu anak perempuan dianggap hanya mendatangkan sial.

Lantaran itu, ramai ibu bapa yang merasa terhina dengan anugerah ini, bahkan sehingga ada yang sanggup membunuh dan menanam hidup2 demi menjaga maruah keluarga.

………..tapi, zaman sekarang pun ada yang macam tu ekkkk

Bermakna, daripada segi minda pemikiran kita masih lagi sama macam zaman Jahiliah dahulu. Yang berbeza cuma pada rupa muka bumi itu sahaja. Banyak masjid besar yang cantik tapi kecil jemaahnya, banyak bangunan pencakar langit……pendek kata banyak yang indah pada zaman moden ini. “Itulah wajah dunia semakin tua semakin cantik”

Kalau dilihat pada zaman moden hari ini pula, menjaga anak perempuan terutamanya pada peringkat usia remaja merupakan satu cabaran yang besar buat ibu bapa. Banyak gejala negatif yang melanda kehidupan anak gadis masa kini, menjadikan kita semakin bimbang dengan keselamatan diri mereka.

Apakah kehadiran dan kurniaan ini menjadi bebanan pada ibu bapa? atau cabaran kepada ibu dan ayahnya?
Dahulu, mata aku ini begitu sukar utk melihat anak2 gadis berjalan2 di pekan kecil atau pun di kota besar. Dahulu juga, pancaindera aku ini, amat susah untuk melihat remaja perempuan berpimpinan tangan di bandar2, di pusat membeli belah atau di mana sahaja. Dahulu juga, aku hanya dapat berbicara dengan remaja perempuan di sekolah sahaja..

Kini, yang bertudung tanpa segan silu mempersendakan tuntutan agama sekali gus memepersendakan ALLAH.

Yang tak bertudung pula, sama sahaja… tiada yang kurang dan tiada yang lebih. Berani lakukan apa sahaja demi mengikut jiwa remajanya.

Nabi s.a.w. ada bersabda : “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya ALLAH akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmayNYA untuk mereka.

Seorang lelaki bertanya : Juga untuk 2 anak perempuan wahai Rasulullah?? Sabda baginda : Juga untuk 2 anak perempuan.

Seorang lelaki berkata : atau untuk seorang wahai Rasulullah?? juga untuk seorang.” Riwayat Ahmad dan Al-Hakim

Namun, diperluaskan juga kepada memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah “Tidak ada bagi sesiapa 3 org anak perempuan ataupun 3 saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan ALLAH taala akan memasukkan mereka ke syurga” Riwayat Al-Bukhari.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, ALLLAH Taala dan RasulNYA telah menjanjikan balasan yang amat besar.

Sekian, wassalam

AfzaiAfandi

Popularity: 38% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark