Pembaca yang dihormati

Seperti yang saya maklumkan pada anda semua, pada minggu ini saya ingin maklumkan sesuatu yang istimewa untuk anda. Perkara ini telah lama saya fikirkan dan minggu inilah rasanya waktu yang sesuai untuk saya maklumkannya. Hal ini adalah untuk menghargai anda semua yang selalu mengunjungi blog ini. Tanpa kehadiran anda, blog ini pasti tidak meriah seperti hari ini.

Apa yang istimewa itu?

Baiklah, saya akan “straight to the point”. Saya akan memberi wang percuma dan hadiah percuma kepada anda. Semua ini adalah sebagai penghargaan kepada anda. Tapi….tunggu dulu. Baca sehingga habis, untuk mengetahui caranya.

Bagaimana untuk memperoleh wang percuma dan hadiah percuma ini?

Kata pepatah“Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima”. Jadi untuk menerima anda juga perlu memberi terlebih dahulu kepada saya.

Caranya mudah sahaja dan tidak memerlukan banyak tenaga untuk melakukannya.

1.Pertama sekali apa yang perlu dilakukan adalah mendaftarkan email anda di sini.

2.Ini kerana, hanya yang berdaftar sahaja akan layak dinilai untuk menerima sesuatu yang istimewa itu.

3.Kepada yang telah subscribe RSS Feed, anda tidak perlu membut pendaftaran lagi kerana secara automatik anda layak untuk dinilai sebagai penerima hadiah tersebut.

Syarat-syarat yang perlu diikuti:

1.Terbuka kepada semua pengunjung yang berdaftar sahaja.

2.Bermula hari ini dan berakhir pada 15 Januari 2008. Keputusan akan diumumkan seminggu selepas tarikh tersebut.
3.Selepas anda membuat pendaftaran, anda hanya perlu membuat komen pada setiap post di blog ini.

4. Pemenang akan dinilai berdasarkan komen terbaik. 3 pengkomen terbaik akan diumumkan sebagai pemenang.

5. Satu pendaftaran bertuah pula akan menerima hadiah misteri daripada afzaiafandi.com

6. Keputusan adalah muktamad dan sebarang komen tidak akan dilayan :)

Hadiah2 yang ditawarkan.

1. Hadiah utama akan diberikan kepada 3 pengkomen terbaik yang akan menerima RM30.00 setiap seorang

2. Hadiah misteri pula akan diberikan kepada 1 pengunjung berdaftar yang bertuah yang akan menerima sebotol EPA (Produk Kesihatan untuk Jantung, Minda, Sendi dan Kolesterol)

3. Pengunjung berdaftar yang membuat komen ke-50 pula akan menerima top up prepaid bernilai RM10.00.

Jadi, rebutlah peluang mudah ini. Ingat hanya untuk hari ini sehingga 15 Januari 2008. Sebar-sebarkanlah berita baik ini kepada rakan-rakan anda yang lain.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian. Tuah ayam nampak di kaki, tuah anda mungkin di sini….

Salam hormat,

AfzaiAfandi

Popularity: 46% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark