Pembaca yang budiman

AMARAN: Kutu yang saya maksudkan bukannya merujuk kepada sejenis makhluk yang suka tinggal di kepala anda bukannya kepala saya.

“M

ain kutu ini biasanya sinonim dengan kaum wanita masyarakat kita. Saya tak pasti, ada ke takda masyarakat luar yang juga mengamalkan main kutu ini. Pada tafsiran umum main kutu ini bolehlah kita anggapkan sebagai satu kaedah menyimpan wang.

Caranya pula adalah dengan membentuk satu kumpulan dan daripada keahlian kumpulan yang dibentuk akan dilantik seorang wakil..Kira macam bendahari la..ni. Biasanya bendahari ini mestilah orang yang mempunyai latar belakang menjaga akaun dengan baik..kalau tak, hampeh!! Setelah ditetapkan berapakah jumlah tabungan untuk setiap bulan, maka cabutan undian akan dibuat untuk memilih giliran setiap peserta kumpulan.

Biasanya jumlah wang ditetapkan mengikut kemampuan ahli kumpulan tersebut.Saya

“…Sudah banyak komuniti internet yang mewujudkan main kutu online…”

sendiri mempunyai 3 akaun untuk main kutu dan InsyaALLAH giliran saya memperoleh duit kutu tersebut pada bulan Februari, Mac dan April. Berapa?? Yang pasti pada setiap bulan saya kena korbankan RM500 untuk main kutu ini. Pada saya inilah sahaja cara terbaik untuk saya menabung.Kalau harapkan diri sendiri yang simpan maka sudah tentunya tempat simpanan saya ke dalam perut, ke pusat beli belah dan tempat2 yang sewaktu dengannya.

Bagaimana dengan anda?? Sudah tentu anda juga ada pengalaman tersendiri tentang main kutu ini.Nanti bolehlah kongsi-kongsikan di sini.

Jika ditanya pada suara ramai…sudah tentu jawapannya berbeza. Pasti akan ada yang berkata tak elok main kutu dan pasti juga ada yang mengatakan sebaliknya bukan :)

Pada era sekarang, sudah banyak komuniti internet yang mewujudkan ‘main kutu online’. Antara komuniti forum yang popular mewujudkan aktiviti ini ialah melayu dot com dan juga ebazaar2u dot com.

Kebaikan Main Kutu
1.Mudah dan fleksibel untuk mendapatkan wang.Tanpa penjamin dan tanpa faedah yang dikenakan dan juga tanpa potongan biro angkasa.
2.Mewujudkan sikap menabung dan juga disiplin menyimpan wang.
3.Mewujudkan sikap setia kawan dan eratkan silaturrahim…jangan kawan makan kawan udah

Keburukan Main Kutu
1.Peserta mungkin tertipu dan tidak mendapat wangnya kembali…report polis jer
2.Tiada pulangan faedah atau dividen.
3. …………………………………………………….
4. …………………………………………………….
5. …………………………………………………….

Pada anda semua, selain yang aku senaraikan kat atas tu..apa lagi yang anda rasa boleh memenuhi ruang kosong yang aku tinggalkan itu. Jom, diskusi tentang ‘main kutu’. Sejauh manakah ianya menjana ekonomi anda???

Salam hormat

Afzai Afandi

Popularity: 45% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark