Bertemu kembali pembaca budiman..

Minggu lepas adalah minggu yang agak sibuk untuk aku. Banyak kerja yang perlu disetelkan sebelum hari ini. Post ini pun agak terlewat aku siapkan dan sepatutnya post ini hadir tepat jam 00.01 pagi. Dek kerana terlalu letih menyebabkan aku kebuntuan untuk meneruskan post ini. Alhamdulillah, pada pagi ini aku berjaya siapkan sepenuhnya post untuk hari ini.

 

Apa yang saya lakukan?

Tiga hari yang lepas hingga semalam, aku bertungkus lumus menyiapkan satu projek online yang dipertanggungjawabkan kepada aku. Projek apa tu?? Aku telah mendapat 1 projek untuk set up blog dan satu set up untuk full web. Selama 3 hari yang lepas, aku telah berjaya menyiapkan blog komuniti smukinta [dot] com. Aku diminta pihak pengurusan Komuniti SMUKinta untuk menyiapkan daripada proses pembelian hosting, domain dan setup blog. Dan itulah hasil kerja aku. Untuk ketiga2 perkhidmatan tersebut, aku mengenakan caj sebanyak RM150.00. Jadi kesempatan ini, seandainya ada diantara newbie yang inginkan perkhidmatan setup blog, bolehlah menghubungi aku untuk keterangan lanjut.

Untuk tugasan full web pula, aku mendapat tawaran membina laman web daripada bekas artis yang kini giat berlakon teater dan drama TV. Mungkin anda ingin tahu, siapakah gerangan yang aku maksudkan?? Untuk hari ini, aku rahsiakan dahulu namanya, memandangkn laman webnya belum lagi aku siapkan.

Klue: pernah popular dengan kumpulan KGB :)

Konsep SOHO. Apakah itu konsep SOHO??

SOHO adalah akronim bagi Small Office Home Office. Konsep ini adalah alternatif bagi kita semua dan juga bagi yang berkerjaya. Namun tidak ramai yang tahu cara untuk mewujudkan ruang pejabat di rumah. Walau apa pun pekerjaan yang anda lakukan dari rumah, lebih2 lagi pekerjaan berteraskan online….. sepatutnya anda perlu wujudkan satu ruang kerja yang selesa, tersusun pada anda agar ianya dapat memainkan peranan penting dalam perlaksanaan kerja kita seharian.

Faktor keluasan tidak memainkan peranan penting kerana sempit atau luas ianya bergantung kepada kita dalam menggunakan ruang dan menata hiasnya.

Sedikit tips daripada saya tentang mewujudkan ruang kerja di rumah anda:

1. Pilih ruang atau tempat yang selesa pada anda. Bilik atau ruang terbuka, terpulang kepada anda. Apa yang penting, anda dapat keselesaan, ketenangan dan boleh menambahkan produktif kerja anda.

2. Jangan memilih ruang yang agak gelap dan terlalu sempit kerana ianya pasti mengundang mood bosan anda. Ruang yang anda pilih tadi, mestilah ada sedikit dekorasi dan tidak semestinya perabot yang mahal2.

3. Pilih tempat yang hampir dengan soket…Tujuannya, supaya wayar2 tidak berserabut dan sakit mata memandang serta mengganggu penghuni rumah anda yang lain.

4. Setelah lengkap kesemua yang anda lakukan untuk mewujudkan konsep SOHO di rumah anda…mulakanlah pekerjaan anda. Apakah bentuk pekerjaannya? Terpulang pada anda…dan jika ditanya kepad saya, tentulah perniagaan berteraskan internet.

Pasti ada di antara anda yang mengamalkan konsep ini ?? Sudah tentu ilmu yang ada pada anda jika dikongsi bersama ianya akan membawa banyak kebaikan.

Sekian, salam hormat

Afzai Afandi

P.S. Anda semakin menghampiri untuk mendapat hadiah bagi kategori ” komen ke-50″ Teruskan komen2 anda. Selain mendapat hadiah yang ditawarkan, sebenar apa yang lebih penting kepada saya adalah komen2 anda itu telah mewujudkan hubungan persahabatan antara kita.

Popularity: 54% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark