Bertemu kembali tetamu budiman..

Dek kerana terlalu asyik ngan cuti, aku terlupa yang hari ini aku perlu buat post kat sini. Sejak bercuti sehari sebelum hari raya qurban, minda aku terpesong sedikit dan kurang memberi tumpuan pada penulisan di sini. Semalam, apabila mula nak menaip post…minda aku blank. Jadi cerita aku hari ini ada kaitan dengan minda kita atau lebih senang disebut “Mindset”.

Apa yang ingin aku perkatakan di sini adalah tentang pentingnya mindset dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Sama ada berblog, menjalankan perniagaan, membuat jualan dan sebagainya.

 

Semestinya, berjaya atau gagalnya kita dalam sesuatu pekerjaan yang kita laksanakan adalah berkait rapat dengan pemikiran atau ketetapan minda kita. Adakah anda bersetuju dengan saya?? Tidak mengapa, simpankan jawapan itu dahulu untuk ruangan komen nanti :)

Semestinya juga, mereka yang berfikiran negatif akan menemui jalan kegagalan dalam menjalankan sesuatu pekerjaan termasuklah berblog ini.

Adakah untuk melakukan ketetapan minda adalah sesuatu yang sukar?? Ini kerana mindset yang lahir tulus dari hati anda setiap hari akan menjadikan pemikiran sentiasa segar dan bersemangat untuk melakukan pekerjaan anda.

Mari kita bincangkan tips-tipsnya.

1. Sudah tentu kita mesti sentiasa berfikiran positif

Apa yang penting di sini, kita perlu mengelakkan diri kita berada dalam kelompok individu yang berfikiran negatif. Mengapa? kerana ianya akan memberi kesan yang tak elok kepada kita. Sebaliknya, apa yang perlukita lakukan adalah dengan sentiasa berfikiran positif kerana attitude ini akan membawa anda kepada jalan kejayaan.

Ingat, bukan semua orang menyukai akan apa yang kita lakukan dan memandang rendah dengan apa yang kita lakukan terutamanya dalam perniagaan online ini. Justeru, berfikiran positif adalah langkah terbaik untuk meyakinkan mereka sekaligus mencergaskan minda anda.

2. Sentiasa mencuba

Istilah “Tiada Kegagalan dalam Hidup” sudah semestinya anda pernah dengar. Jadikan kegagalan diri itu jalan untuk kita perbaiki diri masing-masing. Walaupun menyebutnya adalah bukan semudah untuk melaksanakannya, namun semua itu perlu dirintangi sebelum kita berjaya.

Tetapkan matlamat kepada matlamat jangka pendek dan juga matlamat jangka panjang. Matlamat itu pula mestilah matlamat yang “reasonable” untuk kita capai.

3. Lupakan kegagalan silam

Kegagalan masa silam adalah bayang2 yang perlu kita hindarkan hindraf. Tukarkan istilah kegagalan kepada istilah pengalaman untuk anda terus mengorak langkah kejayaan anda.

Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu, melainkan ianya sendiri yang akan mengubahnya..

Lupakan kegagalan dan elakkan kerisauan masa hadapan anda. Paksakan minda kita sentiasa berfikiran positif . Kegagalan, bukannya kehancuran tetapi nikmat dan hikmah kehidupan.

Apa yang saya perkatakan di sini adalah ingatan untuk diri saya sendiri terutamnya kerana saya masih lagi lemah dalam melakukan ketetapan minda. Mungkin anda telah lama melakukan ketetapan minda ini dan sekarang telah menikmati hasilnya.

Ayuh, kita kongsikan bersama. Mudah-mudahan, perkongsian ini dipertimbangkan olehNYA dan dipermudahkan jalan kejayaan kita semua.

Salam hormat

P.S. Pemenang hadiah bagi komen ke-50 telah diketahui.

P.S.S Aku dapat lagi payment dari payloadz. Baca kat sini kalau nak tahu tentang payloadz

Popularity: 29% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark