Salam Tahun Baru dan salam hormat..

Semalam merupakan hari pertama kita berada di tahun 2008. Hari ini pula kita melangkah ke hari kedua. Ini bermakna masa begitu cepat berlalu dan apa yang penting untuk saya nyatakan di sini adalah tinggal 13 hari lagi maka “contest blog saya” akan tamat.

Namun begitu, saya tidak akan panjangkan post saya dengan cerita contest tersebut. Memadai sebagai tanda ingatan untuk diri saya dan anda yang menyertainya. Terima kasih juga saya ucapkan atas sokongan anda semua.

 

Bila munculnya tahun baru, maka sudah pasti adanya sambutan bagi meraikannya. Semalam telah membuktikan dan di serata negeri ada diadakan sambutan bagi meraikan tahun baru ni. Disebalik sambutan itu, sudah tentu acara yang tidak boleh dilupakan dan merupakan acara wajib bagi negara kita adalah pesta dan hiburan serta diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Dalam masyarakat membicarakan tentang keruntuhan akhlak golongan remaja hari ini, di manakah kesesuaian dan kewajaran acara2 sebegitu diadakan? Bukankah ianya akan mengundang banyaknya unsur2 negatif yang akan timbul. Namun begitu, hendak tak hendak kita terpaksa akur walaupun ianya mendukacitakn kita. Sejarah telah membuktikan acara2 sebegini seolah2 memberi satu platform untuk golongan remaja dan muda-mudi menyempurnakan tabiat2 buruk mereka.

Apakah mentaliti kita masih tidak lagi berubah?? walaupun tahun demi tahun, generasi demi generasi..namun mentaliti dan pemikiran kita masih ditakuk lama. Pandangan daif saya pun nampak akan tiadanya kebaikan acara2 sebegini. Alangkah baiknya, jika acara tersebut ditukarkan kepada satu majlis yang memberi pengisian kepada jiwa dan minda golongan muda ini.

Lokasi seperti KLCC, Dataran Merdeka, Bintang Walk, Pusat2 Disko dan Pub dipenuhi lautan manusia yang tidak mahu ketinggalan meyertai sambutan tahun baru ini. Bak kata seniman agung P.Ramlee ” Jiwa kosong tak berharga, dunia bukan syurga”.

Selain tentang isu sambutan tahun baru, 010108 turut menyajikan berita sensasi dan panas sebagai pembuka tirai tahun ini. Kenaikan harga minyak dan kenaikan harga bagi 6 tol juga turut memberi kesan sensasi kepada kita. Disebalik isu ini, tiba2 satu lagi isu yang lebih sensasi yang melibatkan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek juga selaku Mentei Kesihatan membuat pengakuan terbuka bahawa beliau ialah orang yang terlibat dalam aksi hubungan seks bersama seorang wanita yang salinan cakera video digital (DVD) perlakuan itu diedarkan secara meluas di Johor sejak tiga hari lalu.

Sayalah orangnya…

Tiada ulasan lanjut untuk ketiga2 topik sensasi tersebut. Cukup sekadar saya mengetahui dan isu ini tidak memberi apa2 kesan jika sekalipun saya membuat ulasan yang panjang lebar di sini.

Kesimpulan yang saya boleh takrifkan di sini. Keluarlah daripada kepompong kebiasaan. Ubah mentaliti kita semoga kita akan terus berada pada tahap yang menggembirakan semua pihak. Jika mentaliti kita masih tidak berubah sudah tentu kita akan sentiasa berada di takuk lama.

Justeru, sebagai golongan berpendidikan kita sewajarnya mengubah mentaliti kita dengan membuat satu anjakan paradigma semoga apa yang telah kita rancangkan dan tetapkan membuahkan sesuatu yang tinggi nilainya buat diri sendiri, keluarga, negara dan agama Islam.

Sebagai penggiat dunia online, inilah masanya untuk kita bangkit setapak demi setapak agar segala perancangan kita dipermudah, diperkenan dan yang lebih penting mentaliti kita telah berubah.

Salam penuh takzim

 

 

p.s. Model terbaru Proton BLM dapat sambutan menggalakkan.

p.s.s. Alangkah baiknya jika, masa terbuang di tempat2 sambutan tahun baru dipergunakan untuk mempelajari tentang perniagaan intrnet.

Popularity: 30% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark