Salam hormat buat pembaca yang dirahmati Allah..

Minggu ini merupakan minggu pertama persekolahan sesi 2008. Rasanya, bukan saya sahaja yang sibuk dengan pelbagai urusan persekolahan anak2. Tahun ini cabaran lebih besar, 3 orang anak saya memulakan persekolahan dan seorang lagi mula belajar di Tadika. Semakin meningkat usia semakin besar tanggungjawab saya dan begitulah juga anda semua.

Masuk jer tahun baru ni…tak sangka banyak pulak projek offline yang dapat. Itulah rezeki namanya. Saya ada terbaca satu artikel tentang tuah besar bagi tahun 2008 ni. Apapun bagi saya ianya sekadar hiburan dan mungkin kita boleh jadikannya sebagai perangsang untuk diri kita. Mengikut artikel itu, tuah besar akan datang kepada mana2 individu yang dilahirkan pada 01 hb, 10 hb, 19 hb dan 28 hb dalam mana2 bulan. berdasarkan peraturan planet Matahari.

Isteri saya dilahirkan pada 01 hb Jun dan aku pula dilahirkan pada 19 hb Ogos :)

Menurut artikel tu lagi, matahari merupakan kuasa kreatif yang sangat kuat sehingga ianya mampu memberi cahaya dan kehidupan kepada alam semesta dan ia sangat terang sehingga planet2 lain atau bintang2 lain tidak kelihatan sekiranya sang suria bersinar.

 

Amacam dengan anda semua?? Ada ke yang lahir mengikut tarikh yang dinyatakan kat atas tu..

Sebagai insan biasa, janganlah terlalu mengharapkan tuah tersebut…….sebaliknya berusahalah. Ingat, kita hanya sekadar berusaha untuk merencanakan sesuatu dan selebihnya adalah ketentuan ALLAH.

Kalau kita sudah usaha bersungguh2 tetapi kekecewaan masih lagi menyapa maka terimalah kekecewaan dan kegagalan itu seadanya. Ingat, hidup bukan sahaja untuk menang walaupun sememangnya kita mengimpikan kemenangan.

Lagi satu, jangan sesekali kita lupa bahawa Allah sentiasa mengetahui segala sesuatu termasuklah nasib malang yang menimpa kita. Mungkin kita kurang berjaya dari segi harta dunia tetapi itu tidak mengapa asalkan Allah redha kepada kita.

Saya suka menyeru diri saya dan juga para pembaca, carilah Allah dalam setiap penyelesaian hidup. Amalkan 2 rakat sembahyang sunat, setiap kali menghadapi masalah dalam hidup ini. Inilah amalan para anbia dan orang2 soleh. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang lebih sabar dan lebih diredhai Allah dikalangan hamba-hambanya.

Ingat, hidup bukan sentiasanya untuk menang…!!!

Salam hormat

 

P.s. Contest di blog ini hampir tamat..tetapi masih ada yang belum membuat subscribe sebagai prasyarat menyertai contest tersebut.

P.s.s Duit mudah by Payloadz. Setiap minggu pasti dapat

 

Popularity: 23% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark