Pembaca yang dirahmati Allah..

Kebiasaannya awal tahun merupakan masa yang sibuk untuk kebanyakan orang. Banyak perkara yang perlu diselesaikan agar tidak tertangguh. Baik suri rumah, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta mahupun mereka yang punyai perniagaan sendiri. Masing2 sibuk dengan urusan tersendiri. Lantaran kesibukan itulah, maka aku ketandusan idea untuk membuat post di blog2 aku :) dan saya percaya blogger yang lain sentiasa segar dengan idea untuk membuat post2 terkini.

Untuk post kali ini, saya memilih tajuk tersebut memandang kedua2nya adalah sumber pencarian rezeki saya. Tidak dinafikan, ramai lagi blogger yang mungkin sama perjuangannya dengan saya.

Perniagaan offline dan perniagaan online

Pada petang Rabu ini, saya akan ke KL lagi untuk berjumpa satu lagi client berkaitan dengan perniagaan offline saya dan tengahari Khamis saya akan pulang semula ke Ipoh untuk menghadiri satu seminar usahawan di Hotel Casuarina.

Untuk perniagaan internet pula, selain daripada menyertai program2 perklik dan perview seperti adsense dan payloadz, saya agak teruja untuk membuat perniagaan berasaskan produk mental fizikal. InsyaALLAH dalam minggu ini, saya akan membincangkan hal tersebut dengan salah seorang partner saya untuk langkah selanjutnya.

Jika semuanya berjalan lancar, saya tidak teragak2 untuk umumkan di sini.

Apa yang saya cuba bangkitkan di sini, sejauh manakah korang memandang kebaikan dan keburukan antara perniagaan offline dan perniagaan online…?

Ayuh, sama2 kita kongsikan di sini. Semoga perkongsian tersebut memberi banyak manafaat kepada kita semua dan tetamu2 yang lain.

Salam hormat

 

 

P.S. Tinggal 7 hari lagi, contest di blog ini akan tamat…tinggalkan komen2 yang bernas untuk mendapat penilaian yang tinggi :)

P.S.S Selamat Menyambut Maal Hijrah buat semua tetamu yang beragama Islam

Popularity: 34% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark