Pembaca yang dihormati selalu..

Semalam, dengan rasminya berakhirlah contest di blog saya. InsyaALLAH, keputusan pertandingan akan saya maklumkan pada 23 Januari ini dan jika tiada aral melintang, contest di blog saya ini akan diteruskan lagi pada bulan Februari pula. Mungkin format contestnya akan saya tukar bagi menampakkan kelainan berbanding contest2 sebelum ini.

Berbalik kepada post hari ini, topiknya agak santai sedikit. Untuk hari ini, ingin aku kongsikan satu cerita buat bacaan semua. Cerita ini bukanlah asli daripada aku, sebaliknya cerita ini aku peroleh daripada kiriman email sahabat aku. Mungkin juga cerita ini bukannya asli daripada sahabatku dan aku tidak tahu daripada mana asalnya cerita ini. Walau apapun, aku harap cerita ini boleh dikongsikan bersama dan terima kasih buat penulis asal cerita tersebut.

Apa ceritanya?? Cerita tentang ketam. Ya ketam!! Tetapi yang bestnya tentang cerita ketam ini adalah berkenaan “Ketam Melayu dan Ketam Cina”. Kalau sebelum ini, kita biasa mendengar peribahasa Melayu ada menyebut… seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan betul atau lurus.

Baiklah, kita tinggalkan dulu tentang peribahasa tersebut dan saya teruskan kepada cerita “Ketam Melayu dan Ketam Cina”

Diceritakan tidak lama dahulu ada seorang Melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu gerai ketam kepunyaan Cina.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la…

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia satu sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Begitulah cerita “ketam Melayu dengan ketam Cina”.

Hakikatnya, jika orang Cina berniaga, Cina lain tidak akan kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina yang sudah berjaya tu pula, akan ajar Cina lain agar berjaya juga sepertinya.

Berbanding kalau orang kita, bila ada seorang Melayu nak berjaya, mulalah Melayu lain akan guna apa saja supaya Melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, akhirnya sorang pun tak dapat naik. Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenarnya sekarang ini.

Oleh sebab itulah Melayu tak maju. Banyak lagi yang bersifat PHD….Nak maju kenalah ubah nasib kita ini supaya lebih competitive. Bukan semua nak kena ’spoon feed’. Mesti tunjuk usaha (effort) yang betul. The Otherwise , kita semua akan jadi bahan sejarah. Bak kata Karam Singh Walia …‘Ke langit tak cecah ke bumi tak sampai ‘

Salam hormat

Popularity: 42% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark