Pembaca yang dihormati dan dirahmati

Agak lama juga, aku tidak berkongsi maklumat tentang topik keagamaan di sini. Sebenarnya aku bukanlah manusia yang hebat dalam ilmu agama, mungkin pengetahuan agama aku lebih cetek daripada korang cuma aku ingin mengambil kesempatan dari medium blog ini. Kesempatan untuk berkongsi disamping sebagai peringatan untuk diri aku sendiri.

Cerita kali ini adalah tentang balasan Allah pada umatnya yang mengingkari suruhannya pabila dibangkitkan daripada kubur kelak. Artikel ini adalah tulisan Mohd Huzairi Zainuddin, perunding motivasi Self Dynamic and Management Training Consultant.

 

Baiklah, suatu ketika Muaz b Jabal menghadap Rasullullah dan bertanya “Wahai rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah “Pada sangka kala ditiup maka kamu sekalian datang berbaris-baris….” surah AnNaba’ ayat 18

Mendengar pertanyaan itu Rasulullah menangis sehingga basah pakaiannya lalu berkata “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan”. Masing2 dengan pembawaan sendiri.

Barisan Pertama

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Mereka ini adalah orang2 yang ketika hidupnya menyakiti hati aku jirannya…maka ini balasannya dan tempatnya adalah neraka.

Barisan Kedua

Manusia pada barisan kedua pula diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih “Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka balasannya adalah neraka”

Barisan Ketiga

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ulat2 dan kala jengking. “Mereka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

Barisan Keempat

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancuran keluar daripada mulut mereka. “Mereka ini adalah orang yang berdusta dalam jual beli (Perniagaan Online dan Perniagaan Offline), maka inilah balasannya dan tempatnya juga neraka”

Barisan Kelima

Diiringi dengan keadaan berbau busuk daripada bangkai. Ketika ini Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman d Padang Mahsyar. “Mereka inilah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah, maka inilah balasannya dan sudah tentu tempatnya adalah neraka”.

Barisan Keenam

Diiringi dari kubur dalam keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka”

Untuk barisan ketujuh hingga ke dua belas akan saya ceritakan pada hari jumaat minggu hadapan.

Fikir-fikirkanlah. Mudah-mudahan kita akan menjadi insan yang lebih sabar dan lebih diredhai Allah dan ditempatkan dikalangan hamba-hambaNYA. Jika tidak keberatan, saranan saya sampaikanlah cerita ini kepada taulan anda dan juga saudara korang moga-moga kita semua mendapat keberkatan daripadaNYA.

Salam hormat daripada saya

 

 

P.S Free report yang berharga 47 usd boleh diperoleh percuma di sini dan juga peluang korang untuk menambah kantung paypal korang…. $0.50 untuk first tier. Jom cuba.

P.S.S Nantikan contest terbaru daripada saya… hadiah lebih lumayan :)

P.S.S.S Jangan lupa kunjungi blog ini pada 23 Januari untuk keputusan contest blog saya.Tengok siapa yang kena!!

Popularity: 34% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark