Pembaca yang dihormati

Terlebih dahulu, aku ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak ecommerceMastery yang diwakili Saudara Sabri atas bantuan yang diberikan. Mengapa??? Dua hari lepas, blog aku telah mengalami sedikit masalah “Fatal Error” dan lantaran itu blog aku tidak dapat beroperasi seperti biasa. Hal ini pada mulanya disedari oleh isteri aku, dan aku memintanya menelefon pihak ecommercemastery . Selang beberapa minit, saudara Sabri telah menelefon aku dan memberi arahan tentang apa yang perlu aku lakukan.

Dua keberangkalian berkenaan masalah blog aku.

1. Cubaan hackers - masalah besar jika betul ini puncanya

2. Masalah plugin - kekurangan memori kerana banyak installation

 

Setelah saudara Sabri bertungkus lumus menyelinap ke segenap bahagian blog aku, akhirnya beliau berjaya juga menyelesaikan masalah blog aku ini. Alhamdulillah. Itulah dikatakan jika hendak seribu daya dan jika tak hendak seribu alasan.

Di sini, aku amat2 mengesyorkan jika ada diantara korang yang ingin membuat pembelian domain name dan hosting, maka berurusanlah dengan pihak ecommercemastery. In kerana servisnya amat memuaskan dan anda dilayan dengan begitu baik sekali. Sejajar juga dengan gelaran Pakar Produk Fizikal.

Keputusan Pertandingan di Blog Aku

Seperti yang telah aku war-warkan pada post aku sebelum ini..pada hari ini akan aku umumkan keputusan pertandingan di blog aku yang telah berlangsung mulai 11 Dis 2007 hingga 15 Januari 2008.

Tanpa membuang masa, terus aku umumkan keputusan penuh bagi pertandingan tersebut.

HADIAH UTAMA ( 3 Pengkomen Terbaik )

1. Saudara Abooain…… view komen

2. Saudara KuasaDua…. view komen

3. Saudara Syawal …. view komen

Ketiga2 pemenang akan menerima RM30.00 setiap seorang.

HADIAH KEDUA ( Komen ke-50 )

1. Saudara Titan…… view komen

Untuk kategori ini, pemenang akan menerima sebotol produk kesihatan “Supa EPA” yang bernilai RM45.00

HADIAH KETIGA ( Cabutan Bertuah )

1. Saudara AbdulFatah

Pemenang menerima top up bernilai RM10.00

Kepada semua pemenang, diharap dapat menghubungi aku seberapa segera untuk urusan perbankan dan penghantaran. Korang boleh hubungi aku di sini dan nyatakan butiran peribadi seperti nama penuh, no akaun bank, no telefon dan juga alamat terkini.

Sebelum mengundur, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi memeriahkan pertandingan ini dan jangan lupa nantikan “contest” terbaru di blog ini.

Salam hormat

 

 

P.S. Tahniah buat semua pemenang :)

P.S.S Ada 1 komen terpilih untuk hadiah utama, tetapi malangnya pengkomen tersebut tidak berdaftar di RSS Feed blog ini sebagai prasyarat.

 

 

Popularity: 28% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark