Pembaca yang dirahmati

Salam buat semua pembaca dan tetamu di sini. Semoga korang sentiasa sihat, dipermudahkan segala urusan harian, ditetapkan keimanan, dimurahkan rezeki dan juga ditambahkan pahala. Untuk post hari ini, aku akan sambung berkenaan post aku pada Jumaat yang lalu. Tentu sekali korang masih ingat lagikan.

Pada post Jumaat yang lalu, artikelnya berakhir pada barisan yang keenam. Jadi, hari ini korang dapat baca sambungan artikel tentang barisan2 yang dibangkitkan pada hari kemudian.

Kepada yang belum membaca part I untuk post ini, bolehlah membacanya terlebih dahulu untuk membolehkan korang mengetahui maklumat sepenuhnya berkenaan dengan apa yang aku sampaikan ini. Semoga kita semua sama-sama mendapat keberkatan hidup.

Barisan Pertama hingga keEnam.

Seterusnya ialah Barisan yang KeTujuh.

Golongan manusia yang tergolong dalam kategori ini, diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dan dari mulut mereka mengalir keluar darah dan nanah. “Mereka itu adalah irang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…” kat mahkamah kita pun banyak saksi yang tidak bercakap benar. Ekoran itu, Yang Bersalah Tidak dijatuhi Hukuman!!

Barisan KeLapan

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala di bawah dan kaki ke atas. “Mereka adalah orang yang berbuat zina, tidak kira siapa status anda di atas dunia…model, artis, ahli politik, menteri atau orang biasa macam aku, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

Barisan Kesembilan

Diiringi dari kubur dengan wajah hitan legam atau hitang bletum (kata orang tranung) serta bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.”Maka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan sudah tentu tempatnya adalah neraka…”

Barisan KeSepuluh

Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannyadan tempat kembali mereka juga adalah neraka”

Barisan KeSebelas

Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan lidah terjulur memanjang sampai ke perut dan keluar beraneka kotoran. Siapakah golongan ini?? Merekalah orang yang minum arak, maka balasannya adalah neraka”

Barisan KeDua Belas

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah berseri dan bersinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datanglah suara dari sisi ALLAH Yang Maha Pengasih memaklumkan, “Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat. Maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga. Mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih…”

Fikir-fikirlah :)

Semoga korang semua tergolong dalam barisan ke-12 ketika dibangkitkan nanti…Amin

Salam hormat

 

 

Popularity: 29% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark