Pembaca yang dikasihi,

Hari ini merupakan hari yang paling gembira dalam hidup aku sebagai blogger. Walaupun aku tak sepopular Zul SmartUsaha, Bro Alang mahupun Problogger dan JohnChow tetapi aku bangga kerana untuk hari ini aku telah membuktikan bahawa blogger Malaysia juga boleh menjadi terkenal di seluruh dunia.

Tentunya korang semua tertanya-tanya, apakah peristiwa yang begitu menggembirakan aku?? Mana tidaknya, tiba2 post aku hari ini mengatakan kepopularan aku dan dikenali seluruh dunia. Tapi itu semua bukannya persoalan, sebagai rakyat Malaysia, korang patut juga berbangga dengan pencapaian aku yang akhirnya berjaya merentasi dunia.

Cepatlah, apa cerita menarik yang ko nak beritahu??

Sabar, aku harap korang bersabar walaupun aku tahu korang tidak sabar untuk mengetahuinya. Jika diikutkan hati mahu aku tulis berjela2 tentang berita ini. Bermula dari panggilan telefon sehinggalah aku ke sana?? Ke sana kemana?? ke sana …. ke USA.

Biar benar bro?? Aku tidak mahu mengatakan benar atau pun tidak. Biarlah korang yang menentukan akan kebenarannya. Baiklah, korang mesti tahukan Majalah Cosmopolitan ni kan? Kepada yang belum mengetahui, secara umumnya majalah ini adalah sebuah majalah antarabangsa ( bukan antara bangsa Melayu, Cina dan India ) yang membicarakan tentang urban masyarakat dan kebiasaannya cover up majalah ini adalah model2 wanita. Majalah ini juga mempunyai keluaran pelbagai versi dan punyai jutaan pembaca serta peminat tersendiri.

Pada mulanya, aku juga hairan, apakah kriteria yang membolehkan pihak penerbitan Cosmopolitan memilih aku untuk menjadi cover depan majalah tersebut. Tambahan pula, sebelum ini kebanyakan model2 wanita yang mendominasi wajah depan majalah tersebut


Cover Majalah untuk keluaran May 2008

Lihatlah aku sedang berjabat tangan bersama pihak CEO penerbitan Cosmopolitan selepas berakhirnya sesi temubual aku dengan beberapa wartawan Cosmopolitan. Untuk pengetahuan korang semua, bukan aku sahaja blogger Malaysia berpeluang menjadi cover depan majalah tersebut, malahan si Zool dari ligakampung juga turut sama dalam majlis itu. Korang boleh klik di sini untuk melihat si zool berposing sambil minum teh tarik untuk cover up majalah tersebut.

Amacam sekarang, bangga tak korang dengan pencapaian aku sebagai seorang blogger. Walaupun begitu, aku tak lupakan korang, kerana tanpa anda semua siapalah aku :) chewahhh, cam artis pulak.

Demi menghargai sokongan korang pada blog aku, aku telah merekemenkan korang juga untuk menghiasi cover depan majalah tersebut. Bukan itu sahaja….korang juga boleh menjadi cover up pelbagai majalah seperti Time, Fortune, Vogue dan sebagainya. Jadi untuk menghantar permohonan korang, silalah ke http://www.magmypic.com/

Sebelum mengundur diri, ampun dan maaf dari aku sekiranya post ini mengguris dan menimbulkan rasa kurang senang di hati korang :)

Salam hormat

 

P.S. Tipu jer…..

Popularity: 43% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark