Pembaca yang dihormati,

Sedikit perubahan untuk post hari ini. Kebiasaannya, pada setiap hari Jumaat blog ini menyajikan santapan rohani atau dengan lebih mudahnya post2 keagamaan. Namun begitu, untuk minggu2 berikutnya, blog ini akan sentiasa cuba berkongsi ilmu keagamaan dengan korang semua. Sekadar berubah angin dan ada yang menarik untuk dikongsi dengan korang semua.

Mungkin ada diantara korang telah mengetahui akan apa yang saya ingin kongsikan. Jika korang telah mengetahui terlebih dahulu daripada saya, bolehlah kongsikan pengalaman korang di ruangan komen nanti. Kepada yang belum mengetahui dan akan mengetahuinya sebentar lagi…. saya harap korang bergembira dengan berita yang akan saya maklumkan nanti.

Sebelum korang habis membaca sehingga ke noktah terawal terakhir, suka saya maklumkan terlebih dahulu, yang post ini bukanlah satu gurauan seperti post terakhir sebelum post ini. serius??? ya….serius.

Kepada yang telah mengetahui, saya sarankan korang terus ke ruangan komen untuk perkongsian maklumat dan kepada yang belum, korang kliklah kat bacaan seterusnya :)

Loooo, tunggu apa lagi, kliklah sekarang kat bacaan seterusnya.

Berita gembira yang saya maksudkan di sini adalah berkenaan dengan game online yang ditawarkan kepada kita. Bukan setakat menyertai dan menikmati game sahaja, malahan kita akan dibayar dengan RMKL apabila diisytiharkan sebagai pemenang. Saya kira ini peluang terbaik untuk korang yang menghadapi krisis kewangan.

Kepada penggiat game, inilah masanya untuk korang memperoleh wang secara online. Dah menang nanti mungkin korang boleh sambar Iphone satu :)

Baiklah, sedikit maklumat tentang game CIMB Clicks ni.

Pendaftaran

Korang diwajibkan mendaftar sebelum korang dapat layan game ini. Gamenya sempoi aje dan macam main dam ular jer masa zaman sekolah2 dulu terutamanya lepas habis peperiksaan. Apa aku merepek daaa. Selepas pendaftaran diluluskan, korang diberi RM500 sebagai permulaan permainan. Objektifnya game ini adalah untuk mencari player yang paling tertinggi nilaian simpanannya. Untuk pemegang keahlian CIMB korang layak menerima hadiah sehingga maksima RM3000 dan bukannya RM1000 aje- kayalah korang dan yang Non-CIMB Customers korang hanya layak RM50 aje jika diumumkan sebagai pemenang. Kiranya cam nak tarik korang yang belum ahli jadi pelanggan CIMB lah.

Langkah Kedua

Senang aje, dah diterima sebagai player..korang log in dahulu. Korang leh layan game ni hanya untuk 3 round sehari. Maknanya 3 roound tu adalah bersamaan 1 game dan hanya 1 game sehari sahaja korang dibenarkan. 10 player yang berjaya membuat simpanan tertinggi akan terpampanglah nama dan jumlah simpanan tersebut sebagai tatapan umum.

Langkah Ketiga

Setelah berjaya log in, maka korang pun bolehlah memulakan permainan. Just click kat dadu….kemudian dadu itu bergerak dan berhenti. Karaktor korang akan bergerak mengikut jumlah mata pada dadu tersebut. Jika bernasib baik, korang mungkin dapat lucky draw ke dan bertambahlah simpanan korang. Jika tak, mungkin korang akan dikenakan pelbagai denda,  penalti, interest dan sebagainya. dengan itu, simpanan korang akan berkurangan.

Petak Email biasanya korang dikenakan macam2 jenis bayaran. Jika petak cabaran “Challenge Card” krang akan ditanyakan pelbagai soalan. Jika jawapan salah, duit simpanan korang juga akan berkurangan.

Itulah serba sedikit penerangan tentang CIMB Click game. Teruja??? atau korang inginkan maklumat lanjut tentang permainan online ini.

Ayuh, para tetamu dan pembaca yang saya sayangi….

Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan. Apalagi yang kita tunggu, mari….mari…marilah kita semua menerjah permainan ini dan sama2 menjadi top 10 untuk permainan ini

Sekian, saya sudahi dengan lafaz yang mulia..

Terima kasih.

Salam hormat

 

 

 

Popularity: 40% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark