Pembaca yang dihormati,

Planning asal bersempena dengan cuti Tahun Baru Cina adalah ingin mengadakan pertemuan dengan beberapa orang blogger Perak yang juga pulang bercuti ke Ipoh. Namun begitu hasrat tak kesampaian atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Akhirnya, planning itu bertukar menjadi percutian kami sekeluarga. Percutian yang tak dirancang pada awalnya.

Selama 3 hari 2 malam aku berada di Cameron Highland. Mengapa Cameron Highland menjadi pilihan destinasi??

1. Berhampiran dengan Ipoh - lebih kurang 1 jam perjalanan untuk sampai ke Brinchang

2. Tempatnya sejuk - Boleh release minda sambil buat kerja

3. Kawan aku ada kat sini - boleh suruh2 dia belanja strawberi ngan sayur-mayur :)

 

Cuaca memang sejuk giler. Suhu mencecah 18 darjah celcius. Kami sekeluarga telah menginap di lily Homestay memandangkan semua hotel telah penuh. Pengalaman pertama menginap di homestay…best jugak sebab makcik tuan punya homestay tu menghidangkan kami sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Maklumat kedua yang ingin aku kongsikan di sini adalah berkenaan Publick Bank Debit Kad.

Setelah sekian lama aku menunggu, akhirnya semalam telah sampai sepucuk surat daripada pihak Public Bank menyuruh aku pergi mengambil kad tersebut di cawangan Ipoh Garden berdepan dengan FatimahHospital.

Apa gunanya Public Bank Debit Card ni??

1. Untuk verify akaun paypal

2. Untuk pengeluaran duit dari paypal

Untuk aku, secara peribadi aku memohon kad tersebut semata2 untuk 2 perkara itu sahaja walaupun ada banyak lagi keistimewaannya.

Untuk maklumat lanjut tentang pengeluaran wang dari papal ke akaun Public Bank Debit Card, korang boleh rujuk di sini.

Untuk pendaftaran Public Bank Debit Card secara online, korang boleh mohon di sini.

Salam hormat

 

P.S. Pelajari Panduan Main Saham Maybank2u

P.S.S. Dapatkan sekarang Pakej Bonanza sebelum terlambat.

Popularity: 24% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark