Pembaca yang disayangi,

Sebagaimana yang kita maklum, Perdana Menteri kita telah mengumumkan pembubaran parlimen dan juga telah memaklumkan tarikh pilihanraya yang akan datang. Sejajar dengan itu, parti2 politik yang akan bertanding kelak mulai sibuk dan membuat persediaan rapi sebelum menjelang tarikh 08 Mac itu nanti. Daripada tarikh hari ini, hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk penamaan calon yang akan bertanding bagi setiap kawasan.

Boleh dikatakan, semua tempat telah mula memasang bendera2 parti kesukaan masing2. Seperti pilihanraya yang lepas, antara parti2 utama yang akan bertanding ialah UMNO, PAS, Keadilan, DAP dan juga Parti Bebas Tanduk Lembu

gambar dirakam di hadapan bangunan UMNO Perak

Apa yang ingin saya tuliskan di sini, bukanlah untuk mencanang mana2 parti sebaliknya sekadar ingin berkongsi dengan tetamu dan khususnya pembaca blog ni. Bagaimana pandangan korang tentang peluang parti2 yang akan bertanding kelak? mampukan PAS merampas kembali negeri Terengganu atau mampukah UMNO menerajui semula negeri Kelantan yang pada kacamata mereka adalah sebuah negeri yang mundur, Jehan miskin dan tiada arus pemodenan.

Miskin ker kelantan? Aku tengok rakyatnya kaya raya jer..kat Pekan KB tu banyak signboard company Melayu..tak macam kat Ipoh ni…signboard tulisan calit2 banyak ler :) Baru2 ni seorang budak kelantan berjaya memperoleh RM10k melalui medium internet.

Gambar diambil dari blog syawal[dot]net

Apapun, harapan rakyat Malaysia semoga pilihanraya kali ini berjalan dengan bersih. Kepada mana2 calon yang menang nanti diharap dapat memartabatkan Islam dengan sebenarnya. bak kata mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dalam ucapan di UIAM. Disebalik itu juga pelbagai kempen diadakan untuk meraih orang ramai memilih parti2 yang dikempen. Pakat Kelik Ngundi dan Pade Doh

Ada juga blog yang menjalankan undian tentang parti2 pilihan anda. Nak cuba jom ke sana

Mungkinkah akan ada kejutan dalam pilihanraya kali ini? mampukah parti2 pembangkang menawan 5 buah negeri di semenanjung Malaysia. Yang pasti jalanraya akan sesak kembali mulai 7 Mac kerana sudah pasti ramai perantau akan pulang ke kampung untuk mengundi.

Kepada anda yang punyai pengetahuan, marilah sama2 kita berkongsi cerita,pandangan atau apa saja mengenai demam pilihanraya kali ini. Berbincang secara santai jangan sampai blog ini kena rantai :)

Salam hormat

P.S. Gambar yang tersiar pada post ini tidak menunjukkan bahawa pemilik blog ini mewakili kedua2 parti…sekadar gambar hiasan

P.S. Pemilik blog ini akan pulang ke Terengganu pada 7 Mac ini untuk membuat undian parti pilihannya ;)

Popularity: 29% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark